Kayuh Futsal?
>> Jan 19, 2009
Date : 16 Jan 2009
Location : Sri Kembangan to Bangi
Distance : 11km (1 way)
Jumaat malam Sabtu lepas ada sesi main futsal bersama-sama D'rais Pham kat Megah Futsal Bangi. Aku ambik keputusan pedal je dari rumah ke Bangi. Boleh ler gak sekadar nak keluarkan peluh.. climb agak panjang dari traffic light entrance ke UPM (silk highway) sehingga menuju ke Taman Pertanian UPM. Aku ambik laluan sebelah Taman Pertanian kerana agak sunyi dengan kenderaan tetapi sedikit gelap. Sekali lagi climb sebelum descent menuju ke entrance kandang kuda dan climb semula sebelum keluar balik ke highway. Kemudian pedal terus sampai flyover (climb) menuju ke arah Bangi melepasi restoran Soho, Yankees Hut & Village view... kemudian ambik shortcut melalui Warung Sup Bangi. Laluan shortcut agak gelap.. masa turun ada sedikit bukit yang siap ada corner berpasir. Aku redah je.. tapi memang giler gelap.. macam ride tutup mata jek. Kemudian climb lagi sehinggalah sampai megah Futsal yang betul-betul wujud kat kawasan berbukit... huhuu... Tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya pedal & main futsal dengan jayanya... heheee.. Kepada mak mertua aku yang tak percaya aku kayuh malam tu.. sila tanya Dinie Celomok & Tina sebagai bukti... mereka akan kata.. Apa yang penting??? kerjeeeesameee... huh!
0 comments:
Post a Comment