Sri Kembangan - PD ride
>> Apr 23, 2009
Tarikh : 18 April 2009
Lokasi : Sri Kembangan - Port Dickson Ride
Berlepas : 8.00am
Tiba : 12.10pm
Jarak kayuhan : 85km
Kiraan Muntah : 2 kali (muntah pisang & muntah extra joss)
Seawal jam 6.30am saya dah start berkayuh dari rumah (Sri Kembangan) menuju ke Putrajaya melalui pasar borong Selangor. Menunggu group besar ROP yang memulakan kayuhan dari Uncle Ben Puchong Perdana. Sambil menunggu dengan rokok di tangan baru saya perasan yang saya dah terlupa bawak wallet & tepon tangan. Kali ini hanya 5 orang warga ROP yang berani menyahut cabaran PD. Hanya kelibat orang-orang lama seperti Bro Enold, Bro Ijan, Din Ice & Wan Kuda yang kelihatan. Turut serta 2 buah kereta support car yang di pandu Kaymalik & wife Bro Enold. Kemudian memulakan kayuhan melalui Cyberjaya menuju ke Salak Tinggi. Saya berada di kedudukan paling belakang sekali kira-kira 1km dari Bro Enold... (MAAF CERITA BERHENTI SETAKAT INI, KERANA MASA KAYUH DARI SINI SAYA DAH TAK INGAT APA-APA SELEPAS MINUM BANCUHAN EXTRA JOSS SEHINGGALAH SAMPAI PD SAYA MASIH BLUR DAN TERMENUNG CICAK)
PUCHONG - PORT DICKSON RIDE
APA KATA PESERTA?
EN. AZNUL ALIAS a.k.a Blucold
"Ape ade hal... Setakat Puchong ke PD aku dah kayuh 160km + 85km. Lebih 85km dari si Ezam Pingu.. ceewaaaahhhh!!! Yang penting malam dapat makan kambing grill & badak berendam" muahahahaaa.... muahahaa... hahahaa...
EN. RAHIZAN a.k.a Bro Ijan
"Saya biasa aje.. setakat Bukit Pelanduk pergi balik takde hal lagi.. huh! Mana pi tenaga orang muda? Ada suara ka takda suara?? kihkihkihkih!!!
EN. KHAIRUDIN a.k.a Din Ice
"EXTRA JOSS, MENYEHATKAN!!"
zzzzzzzzzzzzzzz........zzzzzzzzz....
EN. RIZUAN KORIS a.k.a Wan Kuda
"Aku pancit lama tak kayuh"... lalalalalalalaa..lalalaaa.. alamak betik jatuh..
EN. HAITSAN
"Bila nak pergi lagi?? (menung cicak)
CIK KAYMALIK
"Cuaca panas.. i jadi tukang tangkap gambo. Setakat Bukit Pelanduk tekan jek minyak kenari. Susah-susah je kayuh" heheheheee... Eh! siapa belum bayar duit yuran bulan nie yek??
PN. SARIMAH BABA
"Ape ler giler dorang nie kayuh panas-panas" Go papa! go papa!
EZAM PINGGU
"Korn stop jap korn.. sakit perut ah.. ha! tu ada pam minyak tu.. Eh! ko kentut ke Korn??
EN. YAZIR a.k.a Korn
"Berjaya juga UMF hardy 2 aku sampai PD"
EN. APAI
"Saya bangga pada kamu semua, tambah-tambah.. tambah nasi" heheee...
MAKCIK WIFE AKU (BANGLO SEBELAH)
"Ish!! Zan yang berbulu tu kawan ko ker? mantooppp!!!
Se-planet terima kasih kepada rakan-rakan R.O.P yang sama-sama menjayakan siri kayuhan Puchong-PD tahun ini. Walaupun hanya berskala kecil tetapi kenangan dan kerjasama yang diberikan cukup bermakna. Mungkin acara kayuhan Puchong-PD boleh di jadikan acara tahunan, bulanan mahupun mingguan selepas ini. Kepada rakan-rakan R.O.P yang tidak turut serta kita akan berjumpa lagi nanti di edisi Puchong-PD yang lain. Setidak-tidaknya apabila cucu cicit kita bertanya "Atok pernah kayuh basikal sampai PD?" Dengan lantas kita menjawap "PD? Ape ade hal.... huk!! huuk!!
Di kesempatan ini saya memohon maaf jika ada sebarang kekurangan di dalam banglo, di pantai dan di mana-mana. Harapan saya semua peserta berpuas hati dengan fasilitas yang ada. Akhir sekali maaf zahir dan batin jika ada terlajak kata & selamat berhari minggu... "bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana makan banyak dan tak kayuh" muahahahahaaaa.... Salam!
"Extra Joss Active , Jamin Sehat deh"
0 comments:
Post a Comment