1 Tahun kah PCM?

>> Apr 28, 2009

Tarikh : 24 April 2009
Masa : 9.00pm
Lokasi : Palace Of Justice
Jarak : + - 17km

Kelmarin saya telah pergi ke Putrajaya bersama-sama keluarga saya. Tetapi saya dan isteri saya terpaksa pergi ke sana secara berasingan. Tujuan saya ke Putrajaya adalah untuk menunggang basikal. Manakala isteri dan ahli keluarga yang lain hanya ingin bersantai sambil makan-makan di sekitar dataran Putrajaya. Oh! sungguh cantik pemandangan Putrajaya di waktu malam, kelihatan ramai orang turut berada di sana. Saya terus menuju ke "Istana Keadilan". Oh! Di sini juga cantik reka bentuk bangunannya. Saya lihat ramai orang sedang duduk-duduk di sini. Ada juga yang menunggang basikal. Ada juga yang sedang rancak berborak. Oh! di sinilah rupanya tempat berkumpul peminat-peminat basikal seperti yang saya baca di dalam sebuah blog. (www.putrajayacriticalmass.blogspot.com)

Hari ini saya datang untuk menyertai mereka. Oh! ramai juga rupanya. Malam ini mereka juga menyambut ulang tahun pertama. Oh! seronok juga ada acara begini setiap bulan. Saya rasa ramai yang datang, Oh! mungkinkah 100 orang... eh! lebih rasanya.. Oh! ramai juga. Saya nampak ada orang membawa bendera Malaysia. Saya sempat berjumpa dengan beberapa orang yang juga penunggang basikal. Oh! ada yang bernama Corn, Ironhorse, Daoh Darko, Blucold, Scha-doot, EX 5 fixie, Reds, Flat dan lain-lain. Oh! nama mereka agak kebaratan tetapi mereka semua melayu. Saya gembira dapat mengambil bahagian kali ini. Saya juga berjumpa encik Saiful salah seorang rakan lama yang sama-sama bermain futsal tidak lama dulu. Dia baru membeli basikal jenama Proton Tbolt. Basikal itu berwarna putih.


Setelah semua penunggang bersedia acara kayuhan di mulakan. Saya berada di belakang bersama kumpulan republik puchong. Oh! mereka sangat bekerjasama. Mereka juga suka bergurau. Ramai pula jurugambar malam itu. Oh! salah seorang jurugambar bernama encik Rudy. Saya meneruskan kayuhan menuju ke PICC. Saya dengar laluan kayuhan kali ini berubah dari bulan-bulan lepas. Saya hanya mengikut. Oh! ya memang berlainan. Oh! ada marshall juga disetiap simpang dan laluan masuk. Oh! mereka juga ada alat yang canggih. Lampu merah panjang berkelip-kelip seakan yang biasa pihak polis gunakan semasa sekatan jalanraya. Memang canggih dan teratur. Saya juga dapat menghabiskan kayuhan sejauh 16km kali ini. Oh! memang seronok.

Setibanya di sekitar dataran Masjid Putrajaya saya mengikut mereka tawaf bulatan sekali. Oh! seronok juga. Bulatan itu sangat besar dan mahal. Lebih besar dan lebih mahal dari rumah sewa saya. Eh! ada orang melambai-lambaikan tangan. 4 orang gadis kesemuanya. Oh! itu isteri, kakak ipar, ibu mertua & nenek saya. Di sini mereka berkelah KFC rupanya.. kahkah.. Saya ketawa 2 kali. Anak celomok saya juga bermain keretanya di sini. Kemudian saya terus memecut basikal menuju ke "Istana Keadilan" untuk menamatkan kayuhan. Saya sangat berpeluh. Oh! mereka memotong kek dan menyanyi lagu selamat harijadi berbahasa inggeris. Saya hanya merokok. Oh! terima kasih encik Haidil & encik Blucold kerana membelanja saya rokok. Rokok perisa kaki kalau tak silap. Maaf saya terpaksa berhenti menulis. Saya kena buat kerja. Oh! saya sedang bekerja rupanya. (Menerima tempahan satay - 017-2676371) Sampai jumpa lagi dan SELAMAT HARI LAHIR... PCM... :p



Yang hadir,
pelagakngerixc



0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

Pyzam Glitter Text Maker

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP