Siapa Penipu? Siapa Sihat?
>> May 26, 2009
Hi! kawan,
Pernahkah anda di tipu? Anda menipu?
Di negara kita sendiri terdapat pelbagai teknik dan taktik melakukan penipuan. Kadangkala penipuan yang di atur kemas dengan pementasan yang baik dari si penipu berjaya mengaburi kita, dia dan masyarakat. Kenapa perlu menipu? Paling nyata penipuan lebih banyak berlaku kerana seorang Agong. Agong bermaksud Ringgit Malaysia yang sering di cari, di rebut dan di bazirkan. Tetapi bagaimana mahu mencarinya dengan senang, mudah & cepat?
Kawan,
Seiring kemajuan & taraf pendidikan yang tinggi dan genius, penipuan bertaraf mellinium mampu membawa keuntungan berlipat ganda melebihi pendapat aku selama 50 tahun. Mungkin lebih...... Akan tetapi persekitaran dan sikap semulajadi masyarakat memaksa kita mencuba apa sahaja peluang mudah bagi mendapatkan kesenangan walaupun sesuatu yang di persetujui masih samar-samar keberkesanannya. Contohnya... dek kerana sifat rambang mata, malas, mengantuk..... kita mula mengeluarkan Ringgit Malaysia semata-mata ingin menceburi bidang perniagaan ekpres yang hanya bermodalkan Ringgit Malaysia dan kita boleh kembali kekamar tidur. Kita mampu dalam paksa menghabiskan gaji bulanan kerana skim cepat kaya yang di anjurkan oleh orang sedia kaya. Kita menceburi saham-saham syarikat jutawan yang hanya menjutawankan diri mereka melalui medium mudah tipu seperti internet. Siapa kaya? Siapa Jutawan?
Kawan,
Berpandukan pengalaman mangsa dari ahli keluarga aku sendiri.... Si S telah di tipu RM3k.. Si A telah berhabis RM20k.... Si R pula kerugian RM10k dek kerana saham syarikat internet. Apa mampu mereka lakukan? Melopong? menangis? Tidak... mereka sebenarnya MENANGgung.... Di pejabat aku juga pelbagai jalan dan cara mudah mendapatkan Ringgit Malaysia boleh di pelajari dari pakar-pakar berpengalaman yang sentiasa bersedia membantu. Aku hanya tersenyum dengan gelagat bakal-bakal jutawan skim cepat kayap. Walaupun hampir 8 kali mereka di tipu, beribu-ribu kos telah lesap, namun semangat mereka tetap utuh. :p
Kawan,
Bagaimana pula jika menceburi bidang MLM? Dulu zaman semuda kumis masih jarang aku pernah menyertai sebuah syarikat MLM hasil dari paksaan kakak aku. Memang gah nama syarikat tersebut. Tidak di nafikan keberkesanan produknya. Tetapi ruang untuk aku terus berpaut di dalam syarikat ini agak kurang kerana terlalu ramai pengikutnya sehinggakan rata-rata kenalan sudah pun bergelar ahli. Semenjak itu aku tidak berminat dengan MLM. Lebih banyak bercakap... lebih banyak penipuan berlaku. Cuma produk mereka yang berkesan dan bagus masih aku langgan dan gunakan. Setelah mendirikan rumah tangga aku dan isteri tidak berminat menyertai sebarang bentuk perniagaan MLM. Apatah lagi pergi mendengar 'talk' ataupun mengikut sebarang ajakan dari rakan-rakan mahupun saudara. Maaf, kami tidak berminat sama sekali... lebih-lebih lagi isteri aku.
Kawan,
Suatu hari bapa mertua aku di perkenalkan dengan 1 produk kesihatan. Berupa setin susu awal lembu yang kononnya mampu mengawal dan memulihkan pelbagai penyakit. Dek kerana si penjual adalah adik bapa mertua aku terpaksalah dia membeli & mengamalkannya. Untuk pengetahuan bapa mertua aku pernah mengalami strok sebanyak 2 kali akibat dari tekanan darah tinggi melampau. Hampir beberapa bulan mengamalkannya beliau kelihatan sihat semula. Beliau sudah mampu memandu kereta dan berkebun di belakang rumah.
Kawan,
Kemudian, isteri aku pula di perkenalkan dengan susu ini oleh rakan sepejabatnya. Beliau menolak namun terpaksa akur setelah di pujuk rayu. Isteri aku memang liat MLM, maknanya memang susah hendak menerima MLM sebagai jalan menambah pendapatan. Cuma bila beliau sendiri mengamalkan susu ini dan mendapati kegatalan hidungnya setiap malam akibat resdung telah hilang. Si blogger ini pula telah merasai sendiri kehilangan kuntum buasirnya dan dapat duduk di atas 'saddle' dengan tenangnya. Kami akur... ini produk yang berkesan... tiada penipuan... terus dengan tanpa memikirkan masa depan isteri aku memeterai perjanjian sebagai salah seorang ahli syarikat MLM ini dan sedang berusaha mencari rakan-rakan yang lain untuk sama-sama sihat dan mengalami perubahan. Insyaallah!!!!
Kawan,
Kesimpulannya jangan mudah terpedaya dengan pelbagai skim-skim penipuan di luar sana. Jika berminat cuba sertai MLM yang mempunyai produk berpotensi dan benar-benar berkesan keatas diri kita sendiri... testimoni dari diri sendiri dan keluarga.. baru syorkan kepada orang lain. Belum cuba belum tahu! Salam....
(apsal aku posting nie plak? :p muahahaaaa)
2 comments:
aku tak mau beli, lps ni jgn kayuh dkt2 & racun aku hahahaha
muahahaaaaa... best tak citer aku karang.. huhuu..
Post a Comment