Amukan Naga Limau Manis

>> Sep 8, 2009

Kejadian : 4 Sept. 09
Lokasi : Presint 9 - Limau Manis
Waktu : 11.30pm - 4.30am
Jarak Kayuhan : 38km penuh liku?

ihsan dari beskal.com (ken)

Kelmarin aku, engkau, dia, si anu, dan si pulan berjaya menghabiskan 38km penuh debaran dan denyutan jantung bergerak laju takala menghabiskan saki baki ekor naga Puncak Limau Manis. Kayuhan di rancang dan di tunggu selama 1 minggu agak berbaloi dan di meriahkan lagi bersama-sama Pendeta Man Ciocc selaku ketua patrol malam itu. Turut serta rakan-rakan basikal "racing-nya" yang sejak dari awal bersiap sedia. Memulakan kayuhan dari Presint 9 (double trouble) dan kemudian melalui Presint 8, Presint 2, Presint 3, Presint 4. Sekitar bulatan Presint 4 menuju ke Jambatan Seri Gemilang dia, si anu, si pulan mengalami masalah tayar pancit dan Aku, engkau, dia, si anu dan si pulan yang lain mengambil kesempatan untuk berhenti rehat di atas jambatan sambil berfoto dan bercikikan. Ya! ada juga yang merokok... Dari sini melalui Presint 5 (PICC) sehinggalah menuju Persiaran Selatan. Lebih kurang 2km dari susur masuk ke Persiaran Selatan aku, engkau, dia, si anu, si pulan mengambil susur masuk ke kiri melalui kawasan perumahan Pinggiran Putra. Suasana dingin, gelap dan mendaki anak-anak bukit bermula di sini sehinggalah melalui kampung Limau Manis yang menyajikan pendakian sedikit mengujakan dengan laluan berliku-liku. Aku, engkau, dia, si anu, si pulan pun berhenti rehat sambil menunggu yang lain di atas jambatan yang menghubungkan jajahan Limau Manis dan jajahan Sungai Merab. Jelas laluan seterusnya lagi gelap dan di rimbuni pohon-pohon getah kiri dan kanan. Laluan yang kami tempuhi telah di hikayatkan penduduk tempatan sebagai Amukan Naga Limau Manis... yang dongengnya telah di sumpah oleh Encik Samyvellu menjadi sebatang jalan raya penuh berliku dan meliuk-liuk adanya. Khabarnya keangkuhan Sang Naga yang degil selalu menceroboh ladang limau Encik Samyvellu membuatkan beliau naik angin dan menyumpahnya dengan mentera dan jampi sampah kerja rayanya. Tetapi sebelum di sumpah Sang Naga telah berpesan... "Jaga ko Samyvellu... 17 keturunan ko aku sumpah dari melalui liuk lentuk badan ku ini (kini jalanraya). Jika lalu juga akan rasalah panas badan, kepala berat, muntahlah korang semua... muahahahaaa..." ketawa Sang Naga. Alhamdulillah! Aku, engkau, dia, si anu dan si pulan berjaya menghabiskan kayuhan menyusuri ekor hingga ke hujung misai Si Naga. Cuma..... Amer @ Pak Bond @ Wan OT kelihatan mahu muntah... kepalanya pening, gelap dan mula merapu akibat penangan liuk lentuk Sang Naga. Persoalannya... Benarkah sumpahan Sang Naga terhadap keturunan Encik Samyvellu wujud? adakah Amer @ Pak Bond @ Wan OT merupakan keturunan Encik Samyvellu berdasarkan tindak balas tubuh badannya itu?? Jika benar keturunan ke berapakah beliau??? Muaahahahahaa... muahahahahhhh... wurggghhhaahahaa...

Serius.... Kemudian kayuhan di teruskan setelah beberapa lama berehat di puncak. Melalui Kampung Sungai Merab Hulu, Taman Impian, Taman Desa Damai, Kawasan Perindustrian Bangi, Jalan Air Hitam, Presint Diplomatik, hadapan Alamanda, Presint 1 dan seterusnya kembali ke Presint 9 dengan penuh kenangan, omogan dan senda tawa.

Sekian..
**repeat ride + more KM on 11 Sept. 2009 c u soon!


115 Meter dari paras laut?

Miss Doppleganger in da house

Musz, Bro Sam & A.L.O.N.G

Adi... bila nak balik bang... esok kerja kan... muahahaaa...

Bro Trailblazer tshirt & Dan JAS

Jambatan Gemilang

enterframe.. Bro Sam, Pak Bond & Pendeta Man Ciocc

Pendeta Man Ciocc & Apai

Bro Ken berbaju merah

Bateri kamera cepat kong.. mungkin nak bateri baru kot.. so tak dapat snap banyak gambar rakan-rakan yang lain. Kita tunggu gambar dan video dari Pendeta Man Ciocc. I'm Sorry!!

By haitsan

1 comments:

Ms Doppleganger September 9, 2009 at 9:33 PM  

hehehhe..sakit perut aku, baca karangan adik sam ni..pak bond keturunan samy vellu kah..??..hehhe..ok, sok mlm kita repeat..

Blog Widget by LinkWithin

Pyzam Glitter Text Maker

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP