Kau Pergi jua....
>> Sep 8, 2009
ke-SATRIA-an ku
Dulu aku dan Satria,
Rezeki ku bersamamu biarpun terpakai,
Namun ku tatang bak lilin decor yang penuh,
Ku ganti rupa mu dengan rupa jepun,
Ku berhabis merubah wajah mu yang putih kepada hitam,
Ku berlapar kerana mu....
Dulu aku dan Satria,
Ku gayakan diri mu sepanjang jalanan dan lorong,
Bermacam wajah bertengek mesra,
Bermacam kisah suka dan duka,
Bermacam tempat kita bersama, dia.. yang itu.. yang ini,
Ku berlapar kerana mu....
Dulu aku dan Satria,
Belanja tahunan mu mula merimaskan aku,
Tak tertanggung lagi rasanya diri,
Tersentak terhenti tanpa peduli.. dimana?
Bukan salah diri ini mula membenci,
Jasamu tetap di hati... namun ku pasti,
Ku tidak berlapar lagi kerana mu....
March 2002 - 13 Sept. 2009
Selamat Jalan - Satria Ku -
By haitsan
2 comments:
thule rack..henpon baru...muto baru...heheheh.....
cheh!!! hutang baru?
Post a Comment