HAPPY BIRTHDAY CHI CHI

>> Nov 25, 2009

Read more...

WEEKLY RIDE

>> Nov 24, 2009

Read more...

Tuesday Ride?

>> Nov 23, 2009

Social Tuesday Nite Ride?
Anjuran jiran tetangga PujMac..
Tarikh : 24 Nov. 09 (malam ini)
Masa Takung : 9.00pm
Roda Golek : 9.30pm
Lokasi Takung : Dataran Masjid Putrajaya
Guru Besar : Enche Assry

Read more...

Minggu ini....

Minggu nie langsung tak dapat kayuh kerana niat berkayuh hari rabu terbatal kerana hujan pada awalnya dan isteri pula ingin membawa anak mandi kolam di The Mines. Hari Jumaat memang tidak dapat berkayuh kerana menghadiri majlis kenduri tahlil bapa saudara sebelah isteri. Sabtu pula ibu mertua mengadakan kenduri tahlil di rumahnya dan Ahad terpaksa kemas rumah dan bawa keluarga jalan-jalan. Mungkin berat kembali naik setelah kesemua acara minggu ini melibatkan banyak makanan. Baru selesai kayuh 116km dah rehat seminggu dan makan melebihi pembakaran lemak minggu sebelumnya.

Dalam minggu ini juga merupakan hari ke-40 pemergian arwah bapa mertua... Al-fatihah

Minggu ini juga anakanda Muhammad Dinie Hafiy telah genap berumur 2 tahun pada 21/11/09. Selamat hari lahir untuk mu dan semoga menjadi pelumba basikal negara yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Seni Bina. Aminnnnnn....


HaPpY BiRtDaY Chi-cHi


Read more...

PENGUMUMAN!

>> Nov 19, 2009

INFO 1 :

MAAF SAYA TAK DAPAT JOIN RIDE ESOK MALAM KERANA MEMENUHI JEMPUTAN MAJLIS TAHLIL DI RUMAH BAPA SAUDARA. HARI SABTU JUGA MUNGKIN TIDAK DAPAT RIDE KERANA PADA MALAMNYA KAMI AKAN MENGADAKAN KENDURI TAHLIL ARWAH BAPA MERTUA HARI YANG KE-40 PULA. KEPADA RAKAN-RAKAN YANG SELALU JENGUK BLOG INI UNTUK INFO KAYUHAN 1M1MTB ATAU KELIWON NITE RIDE MAAF ATAS SEGALA KESULITAN. ANDA SEMUA BOLEHLAH MEMILIH & BERMUAFAKAT UNTUK BERKAYUH DARI BUKIT JALIL KE KLCC ATAU MENERUSKAN KELIWON NITE RIDE PUTRAJAYA SEPERTI BIASA. SILA HUBUNGI ENCHE ASSRY PUJMAC 0122881149 UNTUK RIDE KLCC ATAU HUBUNGI BRO SAM "RAJA BUKIT' 0126662317/0192139153 UNTUK KELIWON NITE RIDE. KEKUSUTAN SANGATLAH DI KESALI.......... (SAYA JUGA MENJEMPUT RAKAN-RAKAN SEPERKAYUHAN UNTUK MENGHADIRI MAJLIS KENDURI TAHLIL ARWAH BAPA MERTUA DI TAMAN SRI SERDANG PADA HARI SABTU SELEPAS SOLAT ISYAK) TERIMA KASIH.

p/s : adeh! bila la nak rasa junjung fuji depan KLCC... huuuhuuu..


INFO 2 :

KEMUDIAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG TELAH BAGI NAMA DAN DUIT UNTUK "MONSOON RIDE JAMBOREE" DI BAWAH INI ADALAH FOTO-FOTO RUANG DALAMAN HOMESTAY YANG BAKAL ANDA HINGGAP PADA 26/12/09 NANTI. HARGA SANGAT BERPATUTAN DAN KENA DENGAN BUDGET KITA SEMUA. 10 MINIT KE BUKIT GAMBANG WATER CITY DAN 30 MINIT KE BANDAR KUANTAN.

Ruang tamu yang luas, sofa, TV, Astro dan rak hitam bagi meletakkan
helmet disediakan. Kepada sesiapa yang ada PS2 bolehlah bawa sekali.
Ruang dapur yang luas sesuai untuk parkir basikal anda
beserta peti sejuk jenama "Levis". Kelengkapan dapur dan
juga bekas air basuh tangan cap kupu-kupu.
Bilik beradu "Pink coloooouurrrr" lengkap dengan bola mengempiskan perut.
Selimut berbunga pilihan Eric Leong dan penyangkut sejadah.
p/s : Jika ada sebarang usul atau komen boleh hubungi saya

Read more...

WEEKLY RIDE

>> Nov 17, 2009


Sedikit perubahan lokasi kayuhan malam ini... TIADA KAYUHAN 1M1MTB SERDANG MALAM INI. KITA KAYUH PUTRAJAYA - CYBERJAYA JOM!!

Start Time : Wednesday, November 18, 2009 at 9:30pm
End Time : Thursday, November 19, 2009 at 12:30am
Location : Putrajaya / Cyberjaya
Meeting Point: Dataran Masjid Putrajaya
Meeting Time: 9.00pm
Lead by: David

Remarks:
Sila bawa lampu yg cukup terang

Read more...

Laporan 109 ride

>> Nov 15, 2009

TARIKH : 14 NOV. 2009
MASA : 7.00 AM - 6.00PM
LOKASI : MASJID PUTRAJAYA - GOLD COAST, SEPANG
JARAK KAYUHAN : 116.45KM
MASA KAYUHAN SAHAJA : 5 JAM 30 MINIT
JUMLAH BASIKALIS : 13 ORANG + 2 ORANG RELAY

Alhamdulillah dengan limpah kurnia-nya berjaya juga kami menghabiskan 109 putrajaya-gold coast ride yang telah di rancang sekitar bulan puasa yang lalu. Seramai 17 orang melibatkan diri di dalam program kayuhan kali ini termasuklah pemandu support car (shahjava) dan keluarga cikgu ijass selaku jurugambar amatur. Terima kasih cikgu kerana sudi menyertai kami dan sanggup datang dari Kuala Selangor bersama-sama keluarga dan sudi menjadi jurugambar untuk program kali ini. Jangkaan kami cuma 109km jika di rujuk dari goggle map namun jarak sebenar telah menjadi 116.45km keseluruhannya.

Seawal jam 6.30am kelibat seorang demi seorang basikalis muncul di dataran masjid putrajaya termasuklah Pak Berahim yang tak dapat join ride kali ini. Antara yang BERANI hadir Abg. Enold, Apai, Shah, Bro Sam, A.L.O.N.G, Mus, cikgu ijass, Bro Nizam, Sharizman, Razidan, Bro Rosli, Abg. yg pakai kancil silver dan Payed berkayuh dari Equine dan hanya menemui kami sekitar susur masuk Taman Cabaran. Syukur kami kehadrat illahi kerana dengan izin-nya keadaan cuaca begitu baik, redup & menyegarkan. Hentian pertama kami di sekitar Shell Salak Tinggi bagi re-group semula rakan-rakan dan sesi ketandas. Kemudian meneruskan kayuhan sehingga pekan Sepang dan berhenti untuk sarapan pagi sambil menunggu Abg. Enold yang mengalami tayar pancit. Selesai sendawa dan merokok beberapa batang bergerak semula sehingga Pekan Sungai Pelek dan berhenti sekejap untuk re-group. Tidak sempat mereka mencucuh rokok kami terus bergerak sehingga ke Gold Coast Sepang. Bila sampai persimpangan menuju ke Gold Coast jelas awan hitam menguasai langit dan seperti di jangka hujan turun dengan lebatnya seperti menyambut ketibaan kami. Menghabiskan masa hanya di bawah bumbung warung yang begitu banyak mengalami kebocoran sambil makan, minum, makan dan minum lagi.

gambar di bawah ihsan dari Cikgu Ijass Thanks!


Seperti di persetujui tepat jam 2.00pm kami bergerak pulang di dalam keadaan hujan yang masih renyai-renyai dan hanya berhenti re-group di Shell Pekan Sungai Pelek. Selesai memerah stokin dan makan snickers kami bergerak terus dan hanya berhenti di sebuah warung sekitar Pekan Sepang dan berhenti agak lama kerana hujan begitu lebat. Apabila hujan mulai renyai-renyai kembali kami meneruskan kayuhan sehingga ke Masjid Putrajaya dan bersurai. Tahniah kepada rakan-rakan yang menyertai program kayuhan kali ini dan di harap kita akan bertemu lagi di rancangan kayuhan akan datang.... 170km Putrajaya-Port Dickson pula... ada Bran???? :p

Read more...

Insentif pekerja-pekerja lewat

>> Nov 11, 2009


Date : 7 & 8 NOV. 2009
Location: Bukit Gambang Resort City, Kuantan

Event : "Staff Day" (hari pekerja-pekerja lewat)

Getting there : Approx. 2.5 hours" from Kuala Lumpur
20 mins" from Kuantan town

Bukit Gambang Resort City merupakan tarikan terkini ke negeri Pahang. Lebih kurang 2 setengah jam dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Pantai Timur dan lebih kurang 20 minit untuk menuju ke Bandar Kuantan. BGRC merupakan pilihan tepat kami untuk mengadakan "staff day" bagi meraikan pekerja-pekerja PESB yang selalu datang lewat ke tempat kerja :p. Idea kreatif ini di timbulkan oleh tuan pengarah PESB yang bertujuan mengurangkan kakitangannya dari datang ke tempat kerja lewat. Setiap "punch card" yang mempunyai tanda merah akan di kenakan penalti rm5.00 kali pertama, rm10.00 kali kedua dan meningkat seterusnya. Kemudian wang penalti akan di masukkan ke dalam tabung yang di gelar "tabung karat" sehinggalah wang penalti cukup matang untuk di gunakan. Antara sumber lain wang tabung karat datangnya dari hasil penjualan wayar, kertas, kotak, besi dan komputer-komputer lama yang di jual di kedai barang lusuh. Ini adalah kali kedua kami mengunakan wang dari "tabung karat" dan kali kedua jugalah kami ke Kuantan. Kali pertama dulu kami ke Swiss Garden Kuantan dan sekali lagi Kuantan menjadi pilihan kerana pada 27 Disember 09 nanti akan berlangsungnya "Monsoon Ride (MTB)" di sekitar daerah ini. Kesempatan ini juga aku ambil untuk melihat-lihat suasana dan cuba mencari tempat penginapan rakan-rakan untuk acara "Monsoon Ride" nanti. Nasib baiklah idea aku mengadakan "staff day" di BGRC di terima dan mereka semua berpuashati dengan fasiliti yang disediakan. Biar pun BGRC masih belum siap sepenuhnya dan jika di rujuk di laman sesarang begitu banyak komen-komen mengenainya yang merupakan taman tema air terbesar Pantai Timur namun BGRC masih mampu memberikan impak dan keseronokannya tersendiri kepada kami. Suasana bersih sekitar resort dengan landskap dan kemudahan yang masih baru di tambah lagi dengan keindahan alam semulajadi yang cukup mententeramkan. Juga terdapat aktiviti-aktiviti "outdoor" seperti Paintball, ATV fun ride (offroad), jungle tracking, pony ride dan team building exercise. Kedengarannya juga akan di sediakan MTB trail bagi kegunaan pengunjung yang mengemari sukan ini tidak lama lagi. Komen saya cuma pilihan makanan yang kurang dan bila diminta sejadah dari sebelum maghrib sampai ke subuh masih tak sampai-sampai.. kenaaaaaappppeeeerrrrrrr??? huhuu..


nie ler muka-muka yang selalu datang lambat sampai ofis
kecuali si gemok berbaju kuning tanpa lengan tue.
video bawah nie saja nak tunjuk kalau kengkawan
nak g tido sini masa "Monsoon Ride" nanti. Harap maaf gambar
bilik dan lain-lain tanpa sengaja telah terdelete. :(

Read more...

WEEKLY RIDE

>> Nov 9, 2009

Read more...

Old Skool atas jalanraya?

>> Nov 8, 2009

Tarikh : 6 Nov 09
Masa Takung : 9.00pm
Tayar Golek : 9.30pm
Jarak kayuhan : 28km
Basikalis : Abg Lan, Abg Mat, Ken, Adi, Along, Mus, Faizal, Sharul, Abg Amdari, Sharizman, Offshore, Sam hill, Azrul, Fendi, Abg Zul, Haitsan

Ride keliwon minggu ini kembali ke Putrajaya dengan di sertai seramai 16 orang basikalis. Sedikit perubahan jarak kayuhan di lakukan di akhiri dengan pendakian wisma putra. Malam ini juga secara rasminya aku menggunakan jentera baru "old skool" yang bakal di fixie-kan. Terima kasih daun keladi kepada abg. Man Ciocc dan abg. Hisham daewa kerana sudi berkongsi pengetahuan mereka mengenai basikal "old skool" yang baru aku ambil dari abg. Amdari. Kata mereka basikal nie "OK" dan bolehlah di kira "old skool" kerana pembuatan framenya pada tahun 80an. Terima kasih rakan-rakan basikalis dengan semangat kerjasama dan setiakawan yang di tunjukkan. 5 jari di atas untuk bro Ken kerana mempunyai semangat yang tinggi untuk menyertai kayuhan walaupun terpaksa bergegas serta merta setelah habis menonton wayang bersama keluarganya di Alamanda. 10 jari di atas juga untuk isteri dan keluarganya yang sanggup datang berasingan untuk menonton wayang. Apakah pengorbanan? Terima kasih juga buat isteri-isteri dan ahli-ahli keluarga basikalis semua yang memberikan kelonggaran dan ruang untuk anda semua menyertai kayuhan kali ini. Terima kasih juga kepada semua basikalis yang menyertai "KeliwonNite Ride" kali ini dan bersama-sama bergelak ketawa, senda gurau, air 3 rasa, basikal Gipsy, susu getah, sup ayam cicah roti dan duit pendaftaran "Monsoon Ride". Tanpa anda semua tidaklah meriah kedai mamak double trouble malam itu............:p


"old skool?"

Read more...

Keliwon nite ride.. Weekly ride..

>> Nov 4, 2009

Read more...

READY! STEADY! GO!

>> Nov 1, 2009


SALAM SEMUA,
KEPADA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN YANG BERMINAT
MENYERTAI KAYUHAN 109 PRESINT 9 - GOLD COAST SEPANG
PADA 14 NOV 2009 BOLEHLAH BAGI NAMA KEPADA SAYA (HAITSAN).
KAYUHAN INI SEKADAR SUKA-SUKA DAN TIDAK MELIBATKAN SEBARANG
PEMBAYARAN MAHUPUN BERBENTUK PENGANJURAN TERATUR. KAYUHAN
HANYA SEMUDAH OK! AKU JOIN, JOM GERAK... ERTINYA TIADA PIHAK
AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG MASALAH NANTI.

FORMAT KAYUHAN :
- KAYUHAN BERMULA DARI PRESINT 9, PUTRAJAYA
- TAKUNG SEAWAL JAM 6.20 PAGI
- TAYAR GOLEK JAM 7.00 PAGI (TAJAM)
- KAYUHAN BALIK JAM 3.00 PETANG (DARI BAGAN LALANG)

LANGKAH KESELAMATAN :
- SILALAH PAKAI HELMET SEPANJANG KAYUHAN
- SENTIASA BERADA DI DALAM KELOMPOK
- SENTIASA BERADA DI SEBELAH PALING KIRI JALAN

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

Pyzam Glitter Text Maker

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP