KISAH KAKI?
>> Jan 31, 2010
Rabu lalu sepasang kaki bekerja keras menekan minyak dan brek sebuah kereta Myvi dari Putrajaya ke arah Serdang. Sampai ke destinasi sepasang kaki melepak di Restoran Azwath Serdang sambil melihat kaki-kaki yang lain dan menonton warta berita yang berkisar perihal lain-lain kaki. Tidak lama kemudian muncul sepasang lagi kaki dan mereka mula bercerita sesama sendiri. Beberapa detik kemudian muncul pula sepasang kaki yang lebih tinggi dari jajahan Cheras. Kemudian sepasang lagi kaki tidak berbulu muncul dan di ikuti sepasang kaki yang baru pulang dari mendaki gunung. Di datangi pula 2 pasang kaki suami isteri yang agak jarang bertakung setiap hari rabu di sini.. ini magik! Asyik tuduh menuduh tiba-tiba kaki mula terasa titis-titis hujan malam mula di rasai. Hujan mulai turun dan 7 pasang kaki tadi mula berlari mencari tempat teduh. Kelibat kaki-kaki lain juga sudah tiba dan beberapa pasang lagi mula berteduh sekitar kedai runcit kaki dari Acheh. Nampaknya hujan semakin lebat, kelihatan beberapa kaki lalu lalang sambil berpayung. Mungkin acara minggu ini juga sama seperti minggu lalu, terpaksa bermula lewat. Tapi tidak mungkin kerana ini minggu kerja dan jika hujan berlarutan terpaksalah kaki-kaki semua menuju terus ke gerai Char Keow Tiaw. Kemudian beberapa pasang kaki sudah mula menuju ke kenderaan masing-masing dan mula mengeluar dan menurunkan jentera sukan kaki masing-masing. Hujan mulai reda.. cuma tinggal hujan-hujan nipis.. renyai... Kayuhan kaki-kaki pun bermula dengan kekuatan anggota kaki 17 pasang. Selesai beberapa kilometer berkayuh kaki-kaki pun bersantai sekitar pintu utama Mardi sambil berfoto dan di datangi sepasang lagi kaki yang kononnya berkayuh dari rumahnya di Puchong. Genaplah 18 pasang kaki malam itu dan mengakhiri kayuhan dengan penuh ceria... namun gerai Char Keow Tiaw tutup pada malam itu... kesian kaki......
p/s : Kaki kaki semua adalah kaki kayuh... basikal...... Happy Wilayah Day! cheh!!