Berbasikal dengan orang glamour?
>> Feb 3, 2010
Hujan yang turun dengan lebat selebat-lebatnya hari ini telah pun reda sekitar jam 7 malam. Semuanya mula berkira-kira adakah diri cukup sedia berbasikal malam ini bersama teman yang lain. Ada yang mula meminta kepastian seawal mungkin dari teman supaya diri dapat dipersiapkan jika benar malam ini malam mereka. Ya! "Serdang ready to roll Dato..." Janji di kotakan dan bermulalah kayuhan yang di gelar 1M1MTB yang lebih menitik beratkan latihan "naik bukit" untuk diri sendiri. Seperti biasa para basikalis-basikalis setia mula berkumpul dan berbasikal bersama-sama. Namun malam ini cukup istimewa... dawg bertemu kembarnya. Lebih istimewa kali ini para basikalis di kejutkan dengan kedatangan seseorang yang cukup terkenal di seluruh pelusuk kampung, bandar dan kota. Jika di tanya kanak-kanak hinggalah ke orang dewasa pasti semua mengenalinya. Ada yang meminatinya.. ada yang mengeruni wataknya. Beliau memang hebat dan lebih di kenali berbanding Arash Mohd yang kini menyertai Pujmac. Rasa hormat kami kepadanya cukup tebal.. sehinggakan ada yang segan silu bila dia mula menegur para basikalis. Danial pula hanya berdiam diri dan sedikit berpeluh bila dia bertanyakan beberapa soalan. Ketika dia memintas kami semasa mendaki di sekitar "twin peak" beliau tersenyum sinis sambil berteriak.. "POTONG! POTONG!" Namun beliau tidak dapat meneruskan kayuhan dan hanya berhenti ketika di puncak pintu utama Mardi kerana masih ada 3 orang pelanggan yang perlu beliau uruskan. Kami hanya bertemu beliau kembali ketika sesi char keow tiaw dan beliau menyatakan hasratnya untuk pergi touring ke Pangkor memandangkan kurangnya "job" ketika sesi persekolahan berlangsung. Sayang sekali tidak seorang pun membawa kamera malam itu. Jadi tiadalah gambar kenangan para basikalis bersama beliau... beliau memang hebat!
0 comments:
Post a Comment