Minggu Encik Mazlan Rani
>> Feb 8, 2010
Tarikh : 5 Feb. 2010
Masa : 9pm-12am
Lokasi : Putrajaya
Pelumba : 29 kekuatan
Jarak kayuhan : 29km
Jarak haitsan : 35km (dari rumah sampai terowong UPM) :p
Alhamdulillah, seramai 29 pelumba amatur menyertai "Keliwon Nite Ride" edisi yang di pertua Mazlan Rani. Minggu ini yang di pertua bertindak selaku kepala kayuh mengikut sistem giliran gegelung putaran masa. Insyaallah, senarai giliran mengikut peringkat ke-otai-an akan di paparkan di dalam blog ini bagi memudahkan semakan semula giliran masing-masing. Pilihan laluan kayuhan dan lokasi takung di tangan anda dan buatlah pilihan yang bijak bagi kepuasan kita bersama. Syaratnya hanya Putrajaya akan menjadi lokasi bermulanya "Keliwon Nite Ride" pada setiap minggu.
Kelihatan yang di pertua Mazlan tersenyum lebar tanda berpuashati dengan laluan pilihannya dan cukup gembira kerana berjaya menghabiskan kayuhan bersama-sama jentera 'folker ekor lembut' barunya (kuat orang tua nie). Kami memulakan kayuhan dari Presint Diplomatik menuju ke Kampung Limau Manis melalui Persiaran Timur dan hanya re-group sekitar "puncak simpang". Seterusnya bermandi peluh melayan turun naik sekitar laluan Kampung Limau Manis yang menyajikan lambakan pendakian dan hanya berhenti re-group sekitar bulatan. Berhenti di sini beberapa minit sambil menunggu Abg Wan & the Langat Gang sambil ada beberapa pelumba amatur mula mencucuh rokok, bagi laporan pada isteri, borak-borak basikal, ketawa-ketawa dan ada juga yang kelihatan "menung cicak". Dari sini kami meneruskan kayuhan melalui Kampung Teras Jernang menuju kearah UKM Bangi. Along dan Mus bertindak selaku "penyapu" kali ini dan berjaya membantu Bro Din yang mengalami kekejangan otot kaki. Namun kedua-dua "penyapu" dan Bro Din tersasar dari laluan asal dan terpaksa berkayuh pulang bertiga. Kami hanya menunggu di Shell sekitar seksyen 6 Bangi dan setelah lama menunggu dan di sahkan yang mereka bertiga telah tersasar kami pun mula bergerak kembali. Dari sini kami melalui Tasik Cempaka, Kompleks PKNS, Selaman, Uniten dan kembali semula ke Presint Diplomatik. Sekitar Selaman 2 orang lagi pelumba amatur mengalami kekejangan otot dan kami terpaksa menunggu mereka beberapa ketika manakala pelumba-pelumba amatur yang lain telah pun bergerak terus ke Presint Diplomatik. Terima kasih kepada para pelumba amatur yang memeriahkan kayuhan malam itu dengan semangat kesukanan dan minat yang sama. Biasalah jika ada sedikit kecacatan, faktor masa, trafik dan kerenah segelintir pelumba.. itu semua lumrah bagi dunia pelumba amatur seperti kami. Rasa Terima Kasih kepada para pelumba "regular", Langat Gang, Pujmac dan lain-lain. GO RIDE YO BIKE!

0 comments:
Post a Comment