Aku punya 'Pelomba baharu'...
>> Apr 12, 2010
Tanggal 4.4.2010 lahirnya seorang lagi cahayamata lelaki saya yang kedua diberi nama Rifdi Hafiy Bin Haizan. Alhamdulillah segalanya telah selamat biarpun Rifdi terpaksa di tahan di dalam wad NICU hospital Serdang selama beberapa hari kerana masalah kekuningan dan ujian darah yang dijalankan. Kini usianya mencecah 11 hari dan buat sementara waktu Rifdi dan Isteri tinggal di rumah ibu mertua. Saya pula terpaksa melayan kerenah anak sulung (Dinie) yang baru berusia 2 tahun setengah setiap malam di rumah kami. Sedikit kelam kabut pada waktu pagi kerana terpaksa bersiap untuk ke tempat kerja dan menghantar Dinie kerumah ibu mertua. Ucapan jutaan Terima Kasih kepada saudara mara dan rakan taulan yang sudi mengucapkan Tahniah kepada saya dan isteri melalui sms, telefon, facebook dan email.
Kali ini saya ingin berkongsi kepada rakan-rakan semua mengenai uri bayi. Masih ramai lagi yang menanam uri bersama-sama paku, jarum, pensil dan sebagainya yang dipercayai mempengaruhi bayi kita bila besar nanti. Kalau betul begitu mungkin juga bapa Anuar Manan atau Azizul Hasni menanam sebuah basikal bersama-sama uri anaknya... tak pun crank atau sepasang rim jenama Zipp.. muahahaaa... Jadi sebagai kepastian kepada ibu bapa muda yang terbaca entri saya kali ini bolehlah mengambilnya sebagai panduan. Saya juga merujuk dari laman sesawang Mufti Selangor untuk kepastian...
Tidak ada aturan dalam syariah Islam tentang menguburkan uri bayi. Sedangkan kepercayaan bahawa uri mesti diuruskan dengan cara tertentu, kerana berpengaruh kepada bayi, hanyalah kepercayaan kosong yang tidak ada dasarnya dalam syariah.
Kala kepercayaan ini diteruskan, pelakunya boleh terjerumus ke dalam lembah syirik. Risikonya tentu sangat besar, kerana orang yang mati dalam keadaaan syirik, dosa-dsoa yang dibawa mati tidak akan diampuni.
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.(QS. An-Nisa’: 48)
Kerana itu jangan sampai iman kita gugur hanya kerana kepercayaan salah tentang uri bayi. Cukup dibuang atau dikubur dengan niat agar kalau membusuk, tidak membahayakan manusia. Sama halnya dengan mengubur bangkai, perlu dikubur bukan kerana takut bangkai itu menjelma menjadi syaitan, tetapi agar tidak terjadi pencemaran.
Cara yang paling aman dan mudah adalah dengan menguburnya di dalam tanah. Demikian juga uri, boleh hukumnya untuk dikuburkan di dalam tanah. Tapi haram hukumnya kalau diikuti dengan beragam kepercayaan terhadap mitos-mitos tertentu tentang uri bayi itu.
Cara-cara menanam uri :
1. Basuh uri dengan air.. agar ia bersih daripada darah.. tertinggal sikit-sikit tak apa.. macam kita bersihkan daging..
2. Bungkus uri yang telah dibersihkan dalam kain putih.. kalau tak ada kain putih pun tak apa.. gunalah kain lain..
3. Ikat bungkusan kain berisi uri itu.
4. Masukkan bungkusan uri ke dalam tempurung betina.. tempurung yang ada lubang tu..
5. Tutup dengan bahagian tempurung yang lagi satu..
6. Gali tanah sedalam mungkin.. sedalam agak-agak tak dibau dan dikorek anjing nanti..
7. Letakkan tempurung berisi uri dengan keadaan bahagian berlubang ke arah bawah tanah.. agar kandungan air dalam uri akan mengalir ke bawah tanah nanti dan agar senang ia mereput ..
8. Akhir sekali.. timbuslah.
Wallahu a'lam. Sesiapa yang ada maklumat yang boleh dikongsi bersama, silakanlah.
0 comments:
Post a Comment