Penuh Kejutan?
>> Apr 13, 2010
Tarikh : 9 April 2010
Masa : 9.30pm
Lokasi : Presint Diplomatik-Lebuh Selatan-Limau manis-Teras Jernang-UKM-Seksyen 2 bangi-Selaman-Abu Bakar Baginda-Presint Diplomatik.
Basikalis : 28 Orang
Seperti lumrah Akademik Fantasia yang kononnya penuh kejutan berlaku juga pada kayuhan "Keliwon Nite Ride" minggu ini di mana saya tiba-tiba di beri lesen mengayuh dari pengkritik tetap (isteri). Dengan keadaan terdesak sempat juga update poster kayuhan mingguan ini di dalam blog & FB. Paling meriah seramai 28 basikalis turut serta dan paling mengejutkan, saya hampir muntah menghabiskan kayuhan minggu ini kerana beberapa minggu tidak aktif berkayuh. Di kejutkan lagi dengan kedua-dua belah kaki saya telah memberikan isyarat hampir kekejangan sekitar UKM. Terima Kasih kepada para basikalis yang hadir.. kelihatan ramai basikalis baru menyertai kayuhan minggu ini dan di harapkan kita akan berjumpa lagi di "Keliwon Nite Ride" akan datang. Adios!
0 comments:
Post a Comment