NIBONG TEBAL JAMBOREE 2010

>> Aug 8, 2010

Nibong Tebal Jamboree 2010 merupakan penyertaan terbesar basikalis bukit pada tahun ini. Di anggarkan 1700 basikalis mengambil bahagian pada edisi kedua NTMTB. Jutaan Terima Kasih kepada Abang Zaihasri Bin Zackaria kerana bertungkus lumus menguruskan perihal pendaftaran kami semua. Tanpa Abang Zaihasri tiadalah CCI-KNR. Terima Kasih juga kepada beliau kerana sudi menumpangkan saya dan Abang Nazam dengan keretanya yang turut disajikan dengan sebalang maruku. Abang Zaihasri memang hebat sehingga peluh menitik dari kepala pun beliau masih sudi memberi bantuan. Ucapan Terima Kasih juga buat Abang Noryusran kerana beliaulah orang yang bertanggungjawab menyediakan penginapan kami semua. Alhamdulillah homestay yang kami semua tinggal sangatlah selesa sehingga "Mugen Power" menguasai seluruh ruang (Mugen Power adalah perkataan dari mulut Abang Mazlan). Terima Kasih juga kepada Abang Asri yang pertama kalinya berpoya-poya bersama kami dan sudi "Sailang" makan malam kami semua. Jasanya memang kami semua hargai dan semoga rezeki beliau akan bertambah lagi. Terima Kasih juga buat Abang Mazlan yang sudi membayar bercucuk-cucuk satay. Terima Kasih juga kepada Abang Zamri kerana menunjukkan kuasa sebenar Kona Dawg dan menjaga Kakak Aida Hanim dengan baik sepanjang berada di perantauan. Terima Kasih buat Abang Muzaffar Izni kerana sudi berkongsi tilam baru yang "h"empuk. Terima Kasih buat Abang Nazam Bin Saton kerana sudi menambah wang makan malam kami semua, bagi tangkal unicef dan menjadi pemandu kereta tanpa sebarang keluhan. Terima Kasih kepada Abang Zuhardy kerana membawa kereta berhati-hati pergi dan balik. Terima Kasih juga buat Abang Sharul kerana sudi mengambil gambar saya ketika berjaya menamatkan kayuhan.Terima Kasih kepada Kakak Aida kerana sudi bersyair. Terima Kasih kepada Abang Kamar Azar kerana...... berjaya mengelirukan penganjur semasa penyampaian lucky draw. Tidak di lupakan juga jasa baik Cikgu Ijass dari KSCC kerana beliau sudi merakamkan gambar saya semasa berada di dalam denai. Terima Kasih sekali lagi Abang-abang & Kakak..... saya lapar lah.......... :p

1 comments:

Shahrul Kaylah August 11, 2010 at 10:59 PM  

ko patut cakap terima kasih kat brader yg bawak Hilux bro.....hahaha

Blog Widget by LinkWithin

Pyzam Glitter Text Maker

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP