Kisah Tahun Lembu
>> Jan 28, 2009
Nak dijadikan cerita pada hari jumaat lepas aku telah terserempak dengan OKU (buta) bersama isterinya sedang menjaja gula-gula sekitar kedai mamak belakang tesco Puchong. Apek & Nyonya tu berumur sekitar 60an. Kesian melihat mereka berpanas menjaja gula-gula aku pun belilah sebungkus. Harga memang tinggi sedikit rm2.50 = 20 biji hacks.. tapi tak mengapa kerana sekurang-kurangnya mereka ada kesungguhan untuk meneruskan hidup. Lebih-lebih lagi mereka nak menyambut tahun baru cina. Selepas solat jumaat ofis aku mengadakan jamuan nasi kandar & "lucky draw" sempena Tahun baru cina. Alhamdulillah... tahun ini aku agak bertuah......
Walaupun harganya tak seberapa, tetapi tetap mengingatkan aku pada satu peribahasa.. "orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa" dan satu lagi peribahasa alternatif.... "orang jual gula-gula, kita yang dapat Nokieeee... wakakaaaa.... Kesimpulannya, janganlah kita berkira sesama manusia.. Apa yang penting?? Kerjeeeesameeee...
Satu lagi peristiwa menarik yang nak aku kongsi kali ini adalah rawatan lintah (bekam). Terpengaruh dengan segmen lintah di siaran buletin utama telah membawa aku & famili ke "Muslim product exhibition" yang telah berlangsung di Mid Valley. Walaupun geli pada mulanya.. tapi bila terpandangkan awek cun pun selamba badak bubuh lintah kat muka.. aku pun cubalah juga.
Aku pilih bubuh kat muka coz nak buang darah kotor akibat resdung.. asalnya sebesar batang mancis dan lama kelamaan lintah nie jadi gemuk giler. Harap-harap lebih licin & hensem lepas nie.. muahahaaaaa....