Pemburu Denai?

>> May 31, 2009


DATE : 30 MAY 2009

TIME : 8.15 AM
LOCATION : PUTRA PERDANA
DISTANCE : 24KM
DISCIPLINE : CROSS COUNTRY
TRAIL PRINCIPAL : UNCLE DON


Sepang, Selangor
Penduduk sekitar apartment Sri Siantan, Putra Perdana di kejutkan dengan kehadiran 3 orang pemburu denai yang muncul seawal jam 8.15 pagi. Hari ini mereka menjalankan tugas memburu denai-denai baru sambil membawa pelbagai peralatan canggih seperti kamera digital, kenderaan pengesan jenis Kona Dawg, Commencal xc & Fuji Tahoe Comp. Ringkasan laporan sila rujuk di bawah.

1 - Informasi denai (mukabumi & landskap)
1.1) Jenis Laluan
- Kawasan bekas lombong yang berpasir
- Kawasan tanah merah
- Lorong Kampung (tarmac)
- Denai tanah liat (kebun sayur)
- Denai ladang sawit
- Denai ladang getah
- Laluan berbatu kelikir
- Kawasan berbatu jenis heavy duty

1.2) Jenis Mukabumi
- Kawasan berbukit & kering

1.3) Jenis Landskap
- Keindahan kawasan tasik
- Udara segar puncak bukit
- Ladang Sayur
- Ladang Ternakan
- Pusat penanaman rumput

Hasil pemburuan dan kajian masih belum di hebahkan sehingga proses kemaskini laluan-laluan denai dan penstrukturan semula denai di buat.














Lembu susu.... susu awal lembu...
Alpha Lipid...
017-2676371 (haitsan)

Read more...

Selamat Datang Sahabat!

>> May 29, 2009


Nama : Enche Amer Faris a.k.a Pak Bond
Lokasi : Saujana Putra
Berat : 90kg
Tinggi : + - 180cm
Basikal : Fuji Nevada 3.0 17"
Status : Bujang 3

Enche Amer merupakan ketua murid bersongkok pertama di sekolah rendah aku dulu. Beliau merupakan bekas atlit olahraga dan pemain bola sepak (striker) yang paling disegani & di cemburui suatu masa dahulu. Isterinya sekarang merupakan peminat no.1 beliau sewaktu di bangku sekolah rendah. Berdarah Bugis dan keluarganya berasal dari Klang, Selangor.

Read more...

KAMI BERSEDIA!!


Keratan akhbar Berita Harian hari ini.. Segak, bergaya.. MTB di gunakan untuk membenteras penyeludupan di kawasan sempadan negara. Antara kejayaan yang sudah dicapai, termasuk mematahkan cubaan penyeludupan lembu dan kambing dari Thailand penghujung tahun ini. Pengunaan basikal untuk tugas rondaan di pagar sempadan seperti itu adalah yang pertama di negara ini dan akan di perluaskan ke tempat lain.


Anggota Kompeni Bravo Ketiga Rejimen Sempadan membuat tinjauan di pagar sempadan menggunakan basikal.

Read more...

Siapa Penipu? Siapa Sihat?

>> May 26, 2009

Hi! kawan,
Pernahkah anda di tipu? Anda menipu?
Di negara kita sendiri terdapat pelbagai teknik dan taktik melakukan penipuan. Kadangkala penipuan yang di atur kemas dengan pementasan yang baik dari si penipu berjaya mengaburi kita, dia dan masyarakat. Kenapa perlu menipu? Paling nyata penipuan lebih banyak berlaku kerana seorang Agong. Agong bermaksud Ringgit Malaysia yang sering di cari, di rebut dan di bazirkan. Tetapi bagaimana mahu mencarinya dengan senang, mudah & cepat?

Kawan,
Seiring kemajuan & taraf pendidikan yang tinggi dan genius, penipuan bertaraf mellinium mampu membawa keuntungan berlipat ganda melebihi pendapat aku selama 50 tahun. Mungkin lebih...... Akan tetapi persekitaran dan sikap semulajadi masyarakat memaksa kita mencuba apa sahaja peluang mudah bagi mendapatkan kesenangan walaupun sesuatu yang di persetujui masih samar-samar keberkesanannya. Contohnya... dek kerana sifat rambang mata, malas, mengantuk..... kita mula mengeluarkan Ringgit Malaysia semata-mata ingin menceburi bidang perniagaan ekpres yang hanya bermodalkan Ringgit Malaysia dan kita boleh kembali kekamar tidur. Kita mampu dalam paksa menghabiskan gaji bulanan kerana skim cepat kaya yang di anjurkan oleh orang sedia kaya. Kita menceburi saham-saham syarikat jutawan yang hanya menjutawankan diri mereka melalui medium mudah tipu seperti internet. Siapa kaya? Siapa Jutawan?

Kawan,
Berpandukan pengalaman mangsa dari ahli keluarga aku sendiri.... Si S telah di tipu RM3k.. Si A telah berhabis RM20k.... Si R pula kerugian RM10k dek kerana saham syarikat internet. Apa mampu mereka lakukan? Melopong? menangis? Tidak... mereka sebenarnya MENANGgung.... Di pejabat aku juga pelbagai jalan dan cara mudah mendapatkan Ringgit Malaysia boleh di pelajari dari pakar-pakar berpengalaman yang sentiasa bersedia membantu. Aku hanya tersenyum dengan gelagat bakal-bakal jutawan skim cepat kayap. Walaupun hampir 8 kali mereka di tipu, beribu-ribu kos telah lesap, namun semangat mereka tetap utuh. :p

Kawan,
Bagaimana pula jika menceburi bidang MLM? Dulu zaman semuda kumis masih jarang aku pernah menyertai sebuah syarikat MLM hasil dari paksaan kakak aku. Memang gah nama syarikat tersebut. Tidak di nafikan keberkesanan produknya. Tetapi ruang untuk aku terus berpaut di dalam syarikat ini agak kurang kerana terlalu ramai pengikutnya sehinggakan rata-rata kenalan sudah pun bergelar ahli. Semenjak itu aku tidak berminat dengan MLM. Lebih banyak bercakap... lebih banyak penipuan berlaku. Cuma produk mereka yang berkesan dan bagus masih aku langgan dan gunakan. Setelah mendirikan rumah tangga aku dan isteri tidak berminat menyertai sebarang bentuk perniagaan MLM. Apatah lagi pergi mendengar 'talk' ataupun mengikut sebarang ajakan dari rakan-rakan mahupun saudara. Maaf, kami tidak berminat sama sekali... lebih-lebih lagi isteri aku.

Kawan,
Suatu hari bapa mertua aku di perkenalkan dengan 1 produk kesihatan. Berupa setin susu awal lembu yang kononnya mampu mengawal dan memulihkan pelbagai penyakit. Dek kerana si penjual adalah adik bapa mertua aku terpaksalah dia membeli & mengamalkannya. Untuk pengetahuan bapa mertua aku pernah mengalami strok sebanyak 2 kali akibat dari tekanan darah tinggi melampau. Hampir beberapa bulan mengamalkannya beliau kelihatan sihat semula. Beliau sudah mampu memandu kereta dan berkebun di belakang rumah.

Kawan,
Kemudian, isteri aku pula di perkenalkan dengan susu ini oleh rakan sepejabatnya. Beliau menolak namun terpaksa akur setelah di pujuk rayu. Isteri aku memang liat MLM, maknanya memang susah hendak menerima MLM sebagai jalan menambah pendapatan. Cuma bila beliau sendiri mengamalkan susu ini dan mendapati kegatalan hidungnya setiap malam akibat resdung telah hilang. Si blogger ini pula telah merasai sendiri kehilangan kuntum buasirnya dan dapat duduk di atas 'saddle' dengan tenangnya. Kami akur... ini produk yang berkesan... tiada penipuan... terus dengan tanpa memikirkan masa depan isteri aku memeterai perjanjian sebagai salah seorang ahli syarikat MLM ini dan sedang berusaha mencari rakan-rakan yang lain untuk sama-sama sihat dan mengalami perubahan. Insyaallah!!!!

Kawan,
Kesimpulannya jangan mudah terpedaya dengan pelbagai skim-skim penipuan di luar sana. Jika berminat cuba sertai MLM yang mempunyai produk berpotensi dan benar-benar berkesan keatas diri kita sendiri... testimoni dari diri sendiri dan keluarga.. baru syorkan kepada orang lain. Belum cuba belum tahu! Salam....

Alpha Lipid (susu awal lembu)
Lanjut : 012-2436002 (Pn. Ezrin)


(apsal aku posting nie plak? :p muahahaaaa)

Read more...

Urban Ride?

>> May 25, 2009

Date : 24 May 2009
Time : 8.00am

Location : Putrajaya (urban ride)

Distance : 20km
Trail Pincipal : Nobody.. just ride..

Minggu nie layan 'Urban Ride" dengan Pak Bond dekat area Putrajaya. Ride start sekitar jam 8.15am bermula dari Dataran Masjid menuju ke Jambatan Wawasan melalui tarmac. Kemudian ride sekitar pinggir tasik melalui walkway, staircase & beberapa ramp. Terserempak dengan seorang rider yang tengah ride solo.

Haitsan : "Bro.. ride sorang kah?"
Encik Daud : "Tu lah.. sepatutnya saya join group dari Puchong, tapi sorang pun tak nampak"
Haitsan : "Group dari Puchong?? R.O.P kah?"

Encik Daud :"Haahhh!! R.O.P lah... saya tengok kat blog dorang ada post cakap nak buat urban ride, ingat nak join ler nie".

Haitsan : Ooooo... Ok! saya lah yang post kat blog R.O.P tu.. heheeee... saya Haitsan..
Pak Bond : Saya Amer

Encik Daud : Saya Daud... memang tinggal & bekerja di Putrajaya... Wisma Putra.......


Selesai berkenalan kami meneruskan ride dan kemudiannya climb Monumen Alaf Baru sehingga puncak. Seterusnya menuju ke Wisma Putra melalui Taman Wawasan sambil melayan climb-climb manja yang ber-view-kan landskap mahal Putrajaya hasil dari duit cukai pendapatan kita.

Pak Bond : Bro.. bro... paha gua sengal dah.. bila nak sampai puncak nie??

Haitsan : Sikit lagi.. relaks... hikhikk...

Encik Daud : Tak larat jangan paksa..

Kemudian menuruni Wisma Putra dan terus climb melalui zigzag ramp yang menembuskan kami ke Persiaran Masjid. Encik Daud terpaksa pulang awal kerana ada tetamu ingin berkunjung ke rumahnya. Aku & Pak Bond meneruskan ride melalui walkway sekitar tasik menuju ke Alamanda. Kemudian terpaksa berpatah balik kerana laluan di tutup. Melayan climb manja sekitar bangunan SPRM dan terus menuju ke Dataran Masjid bagi menamatkan aturcara.

Monumen alaf baru.. nie hasil duit cukai rokok

Encik Daud

Amer a.k.a Pak Bond

Climb Wisma Putra

Climb lagi

Pinggiran Tasik

Masjid Putrajaya

Zig zag climb

Nyaman

Info

Tempat cuci basikal

Alamanda

SPRM

Walkway

Coming Soon!! Starting from PICC + Pinggiran tasik + Wisma Putra + Persiaran Masjid + Pinggiran Tasik 2 + SPRM + Bulatan Melawati + Wetlands + Bulatan Melawati + Dataran Masjid + Bangunan Kerajaan +
PICC
40km+++

Read more...

d'Rais Pham VS d'Daud Pham

Date : 23 May 2009
Time : 9.00pm
Location : Kajang

Pertandingan bowling tertutup d'Rais Pham VS d'Daud Pham telah berlangsung dengan jayanya. Melibatkan pertembungan 2 keluarga + 26 peserta + 6 lane + 3 frames. Di Bawah adalah keputusan penuh pertandingan.


Kategori Lelaki Individu
1 - Apie Rednosed (d'Rais Pham)

2 - Firdaus (d'Daud Pham)

3 - Uncle Fablee (d'Rais Pham)

Kategori Wanita Individu

1 - Pn. Rosnani (d'Daud Pham)

2 - Kak Ella (d'Rais Pham)

3 - Nida (d'Rais Pham)


Kategori Makcik-makcik

1 - Pn. Rohana a.k.a mak mertua aku :p (d'Rais Pham)

2 - Untie Ca'a (d'Daud Pham)

3 - Pn. Zaleha (d'Rais Pham)


Kategori Juara Longkang

1 - Boy Hezran (d'Rais Pham)


Kategori Keluarga (5 terbaik)

1 - d'Rais Pham


Read more...

Pagi yang gelap?

>> May 18, 2009

Weekly ride kali ini bersama-sama geng R.O.P, geng serpihan 1, geng serpihan 2 & officemate Fimi & Iwansufa. Namun aku terpaksa menunggu R.O.P yang agak lewat kerana beberapa newbies yang tersesat jalan semasa menuju ke Frim. Memulakan kayuhan dari Bukit Bujang trail + Dream trail + Rover trail + bukit hari + Steroid Hill + 501 trail.

TARIKH : 17 MEI 2009 MASA : 8 PAGI LOKASI : FRIM, KEPONG

Dalam perjalanan ke 501 trail aku telah mengalami keghairahan tahap 3 bila mana ternampak cerun yang berbonggol yang pada mulanya berjaya melompatkan fuji secara spontan. Namun keghairahan bertukar menjadi duka selepas selokoh di hadapan licin dan tayar termasuk ke ruang longkang semulajadi (bekas tayar) akibatnya.... logo XT kat brake lever aku hilang... brake lever bengkok.... handlebar berpusing.... rim bengkok sedikit.... luka2 di kaki... siku.. bahu... dan hari nie terpaksa mc kerana tulang siku dah lari dari kedudukan asal.

handlebar dah terpusing 90 darjah

nie sumer berpunca dari seluar jaggard..

nie yang paling aku marah nie... logo XT kat lever dah terguris.. ish!!

sakit + sakit telinga dengan bebelan sarang

2 hari nie nak ke mana? PCP ok gak.. ada sesape nak join??

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

Pyzam Glitter Text Maker

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP