Monsoon Ride 2009

>> Dec 29, 2009


Lokasi : Semuji Agro Resort, Gambang, Pahang
Jumlah Peserta : 420 Orang
Masa Masuk : 8.00am
Masa Keluar : 2.10pm
Acara Tamat : 5.30pm
Jarak Kayuhan : 35km
Puncak Tertinggi : 120 Meter
Kategori Trail : Macam haram + Adventure + Singletrack Menarik.

ehsan dari Sharizman a.k.a Cupin


Alhamdulillah "Monsoon Ride 09" @ Gambang, Pahang telah selesai dengan kesemua rakan-rakan telah berjaya menamatkan kayuhan dengan selamat dan jayanya. Sekalung penghargaan buat pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan 2 kayuhan serentak (road/offroad). Namun seperti kebiasaan setiap penganjuran ada cacat celanya dan pihak penganjur perlulah lebih prihatin pada masa akan datang. Saya tiada komen mengenai keadaan dan laluan sepanjang trail kerana memang sejak dari awal penganjur telah pun menyatakan ini adalah "Monsoon Ride" dan memang begitulah keadaan sebenarnya. Saya meminati laluan singletrack dan tecnical section yang di hidangkan pihak penganjur namun keseronokannya sedikit terbatas dek kerana trail terlalu becak. Namun jika keadaan trail kering pasti lebih menyeronokkan. Tetapi tidak perlu di persoalkan kerana itulah lumrah dunia MTB yang terpaksa berdepan dengan faktor alam semulajadi. Kedengaran juga rungutan dari para peserta yang tidak berpuashati dengan goodies bag, trail marking yang kurang sehingga menyebabkan ada peserta yang tersesat (Kenapa Rempoh Adventure? Bukannya "Monsoon Ride"), no. plate peserta road bike tidak sesuai, hadiah lucky draw kurang menarik (handlebar terpakai?), tshirt kurang menarik, kenapa tiada briefing tentang trail sebelum kayuhan,Kenapa tiada medal? Kenapa tiada nombor (placing) kepada peserta-peserta yang sampai awal? kenapa air nak bancuh milo belum masak? Kenapa tak baca doa masa memulakan kayuhan? dan macam-macam lagi. Ada juga peserta merungut "kalau aku tau baik aku pergi Taiping Jamboree" (Kedengaran cerita dari seorang rakan bahawasanya di sana lagi teruk dari "Monsoon Ride".. hahaaa... siap ada carta di tangga no. 1 Jamboree 09 paling hampeh). Walaupun bukan mudah bagi pihak penganjur melayan kesemua kerenah peserta namun pujian juga harus di berikan kepada pihak penganjur kerana bertungkus-lumus menjayakan "Monsoon Ride" tahun ini. Ribuan terima kasih kami kepada Pn. Angah Haslina kerana sudi membantu kami sejak dari awal pendaftaran sehinggalah berlangsungnya acara. Ikuti ulasan ringkas "Monsoon Ride" edisi saya dan rakan-rakan.

Kayuhan bermula dengan mengelilingi Semuji Agro resort melalui laluan tarmac dan kemudiannya berpecah mengikut kategori road dan offroad. Memasuki trail head dengan kesesakan dan dari sini sudah kelihatan trail basah dan becak. Lebih kurang 1km climb setinggi 90 meter terpaksa di tempuhi dan keadaan turun naik berterusan sehinggalah jarak 4km. Kemudian memasuki sedikit laluan gravel dan melintasi arus Sungai Berkelah dengan kaki masih berkayuh. Seterusnya menghabiskan masa melayan trail penuh lecak & selut dari 8km pertama sehinggalah 14km yang di penuhi dengan singletrack, technical section dan menyeberangi anak-anak sungai sehinggalah menemukan kami CP1 yang menyediakan mineral water, pisang dan sandwich. Berehat seketika sambil menanti rakan-rakan lain dan kemudian meneruskan kayuhan melalui singletrack yang tidak mampu lagi untuk di kayuh. Hanya menolak sepanjang climb dan melayan descent yang penuh dengan technical section yang agak licin dan berliku-liku. Dari sini menemukan kami big drop yang dihadapannya menanti selut sehingga paras separuh kaki dan anak sungai. Kemudian berkayuh sedikit sehinggalah kami terpaksa memikul basikal sambil menyusuri anak sungai Jerangkang. Menyambung kayuhan dengan keadaan trail yang agak licin dan penuh becak agak menyukarkan. Kaki pula mula mengecut kerana kasut basah dan memudahkan kekejangan kaki berlaku. Saya mengalami kekejangan kaki kiri sekitar kilometer 18 dan di bantu beberapa peserta termasuklah Along dan Payed yang kebetulan berada tidak jauh dari belakang saya. Manakala Cupin dan Phat hilang dari pandangan. Dari sini saya hanya berkayuh secara perlahan dan hanya menolak ketika climb. Berhenti di puncak dan kaki kanan pula mula terasa kekejangan dan menemukan saya dengan Ken, Bro Lan dan Adi semula. Tidak lama kemudian muncul Pijang secara solo dan selesai berehat kami meneruskan kayuhan. Mereka terus menghilangkan diri dan saya hanya menolak ketika climb dan mengambil peluang merapatkan jarak ketika menuruni bukit. Bertemu Bro Lan, Adi dan Ken semula sekitar anak Sungai Berkelah kerana mereka berhenti membasuh basikal. Kemudian kami meneruskan kayuhan sehinggalah kelihatan lori Milo. Selepas melepaskan dahaga kami berlalu pergi dan melayan trail yang masih penuh dengan becak, selut dan climb yang hanya mampu di tolak. Di sinilah Ken terlanggar pokok berduri dan nyaris terkena matanya, nasib baik beliau memakai cermin mata. Dari sini menemukan kami kawasan sekitar trail yang rasanya kami telah lalui di awal kayuhan tadi dan keadaan trail cukup teruk dengan selut, becak dan bekas tayar peserta-peserta lain. Lebih kurang kilometer 30 terpaksa menolak basikal lagi di ketinggian 80 meter yang sedikit menegak yang rasanya tiada peserta mampu berkayuh di sini. Dari sini semasa melayan descent yang kering basikal saya terasa bergegar di bahagian hadapan dan rupa-rupanya quick release telah longgar dan hampir menyebabkan roda hadapan tercabut. Sekitar jam 2.10pm saya berjaya menamatkan kayuhan dan niat saya meninggalkan Ken di belakang telah berjaya dengan formasi yang telah di rancang bersama rakan-rakan lain.... muahahahaaaa.. muahhaahaaaa.... :p






















Jutaan TERIMA KASIH dari saya buat pihak penganjur "Monsoon Ride 09", Semuji Agro Resort, Pak Haji Zakaria Homestay, Rakan-rakan rombongan : Yang di pertua Mazlan Rani, En. Ken Beskal.com, En. Noryusran Sulaiman?, En. Limang Linggi & wife, En. Payed & Family, En. Nasir, En. Pijang, En. Fairuz, En. Sharizman, En. Faizul Tahir dan En. Zuhardy (tumpang kereta dia). Terima Kasih juga buat rakan-rakan dari Pujmac yang sudi membantu kami ketika tertinggal 2 goodies bag rakan kami dan terima kasih juga kerana sudi mengambil foto saya ketika mengambil climb. Sekali lagi rasa Terima Kasih dari kami kepada Pn. Angah Haslina kerana membantu kami dari awal pendaftaran sehinggalah acara berlangsung. Jumpa lagi di edisi "Monsoon Ride" akan datang. Adios!





























p/s : Komen-komen yang di tulis berdasarkan dari cakap-cakap yang kedengaran dari kebanyakan peserta, bukan seseorang individu. Secara peribadinya laluan trail cukup menarik (lagi menarik jika kering) cuma sedikit perlu di perbaiki iaitu goodies bag dan trail marking. TQ

Read more...

TAMAN CABARAN KINI DI BUKA

>> Dec 28, 2009

CLICK LOGO UNTUK INFO LANJUT

Read more...

WEEKLY RIDE

>> Dec 21, 2009

Read more...

2 x KAYUH?

Kayuhan sesi pagi :

Tarikh : 18 Disember 2009
Masa : 8.00am - 11.00am
Lokasi : Lembah Kiara, TTDI
Basikalis : 40 Orang

Minggu ini kayuhan kolaborasi bersama basikalis-basikalis dari utara, Kayuhbeb, Pujmac, 1Biking, ROP dan Beskal.com sekitar Lembah Kiara. Terima Kasih buat Pujmac yang sudi menjemput kami sama-sama menyertai kayuhan kali ini yang bertujuan menyambut kunjungan rakan basikalis dari utara. Inilah kunjungan kali ke-3 aku ke Lembah Kiara dan rasanya aku tak berapa ingat loop yang ada di sini kerana kali terakhir aku memulakan kayuhan dari Sri Hartamas 2 tahun yang lalu. Cuma yang aku ingat simpang x dan pondok sahaja. Sesi pagi kayuhan bertempat di Lembah Kiara yang di sertai lebih kurang 40 orang basikalis bukit yang di ketuai Bro Azrul dan orang-orang kanannya (Kayuhbeb). Memulakan acara dengan bacaan doa dari Bro Jayen(Pujmac) dan seterusnya bergerak 2km melalui laluan tarmac sehingga ke persimpangan X yang ketinggiannya lebih kurang 170m. Dari sini kami menuju ke 2k loop yang penuh dengan lambakan drop dan switchback. Alhamdulillah akibat hujan trail sedikit basah dan memudahkan cengkaman tayar semasa melayan seksyen teknikal sekitar 2k loop, Tripple Terrace dan Apollo loop. Cuma bila jumlah basikalis terlalu ramai terpaksalah menunggu giliran supaya tidak terlanggar basikalis di hadapan ataupun di langgar dari belakang jika terjatuh. Apollo loop menemukan kami ke laluan tarmac semula dan berehat sebentar bagi re-group kesemua basikalis. Kemudian kembali mendaki laluan tarmac menuju ke persimpangan x semula. Dari sini kayuhan di teruskan menuju tokong dan sehinggalah ke Twin Peak. Melayan laluan teknikal yang penuh dengan drop dan akar-akar menjadikan kayuhan singletrack kali ini lebih menyeronokkan. Ramai juga basikalis yang rebah ketika melayan descent sekitar Kiara trail kali ini. Basikalis lain meneruskan kayuhan menuju ke Carnival manakala aku dan beberapa basikalis lain keluar awal kerana masa tidak mengizinkan.


Kayuhan sesi petang :

Tarikh : 18 Disember 2009
Masa : 3.30pm - 6.00pm
Lokasi : Taman Cabaran, Putrajaya
Basikalis : 25 Orang

Kemudian pada sesi petang kami melayan Taman Cabaran, Putrajaya sebagai pelengkap kunjungan "Geng Utara" untuk membuat 2 kayuhan dalam masa 1 hari. Kayuhan bermula sedikit lewat kerana hujan lebat tiba-tiba turun dan setelah reda kayuhan di mulakan. Namun kali ini aku tidak dapat berkayuh kerana terlupa bawak kunci bike carrier. Terpaksalah bawak kereta sampai hut 2 dan menunggu mereka sambil mengacu lensa digital Payed... hampeh sungguh.. Sampai hut 2 Payed cakap dia dah tak larat, dia pun offer pakai anthem dia... kemudian Daoh (PCM) pun cakap dia dah nak pitam dan tak dapat nak teruskan kayuhan. Memang rezeki aku dapat kayuh di PCP hari ini memandangkan inilah trail kegemaran aku dan tidak lepaskan peluang menunggang jentera baru (Jamis) Daoh yang sesuai untuk PCP trail kerana menggunakan platform pedal.. Thanks bro :p..... Rasanya sudah hampir 5 bulan tidak berkunjung ke sini dan kelihatan lambakan switchback sedikit rosak dengan lubang-lubang aliran air jelas kelihatan. Namun kayuhan kali ini memang tidak mengecewakan.


** Ucapan terima kasih kepada semua basikalis yang terlibat dan sekalung penghargaan buat "Geng Utara" kerana sudi berkunjung ke trail Lembah Klang. Terima kasih buat Bro Azrul Kayuhbeb, Chip Assry & Pujmac kerana sudi menjemput kami menyertai kayuhan anjuran anda. Adios!

Read more...

Bestnyer keje kat Selangor

>> Dec 10, 2009

Read more...

kerana duit kamera binasa...

>> Dec 9, 2009

Alkisah seorang pemuda memecut laju yamaha ss110-nya menuju ke tempat kerja. Sampai putus tali meter motornya dek kerana tahap kelajuan yang di capai melebihi angka yang tertera di meter. Bergegar seluruh enjin menanggung beban dan cuba bertanding dengan motor-motor lain yang kelihatan masih berkilat warnanya. Inilah akibatnya jika keluar lewat ke tempat kerja. Di persimpangan Jusco Equine terpaksalah berhenti dek kerana lampu isyarat telah bertukar warna merah. Tiba-tiba si pemuda tadi terlihat 2 keping kertas berwarna merah terlipat kemas di bawah kakinya. "Alamak.. rezeki... hahaa" kata si pemuda di dalam hati sambil tersenyum sampai mata tertutup. Si pemuda tadi mula melihat kiri dan kanan, memerhatikan jika ada empunya kertas itu. Namun cuma pemuda itu seorang sahaja yang menunggang motosikal ketika berhenti di situ dan jelas hanya beberapa kereta berada dengannya. Fikirnya mustahil wang kertas RM20.00 itu terkeluar dari dalam kereta sedangkan cermin kereta mereka tertutup rapat. Berpura-pura membetulkan stokin dan terus mengambil wang kertas itu. Bila lampu isyarat mula bertukar hijau si pemuda pun meneruskan perjalanannya sambil menyanyi lagu "ibu.. ibu.. bapak.. bapak.. tolong aku kasihani aku... carikan diriku kekasih hati ku.. bla..bla..:p" Tetapi di separuh perjalanan pemuda mula terdetik, wang siapakah ini? nak hantar kat balai polis kah? ish, macam-macam pula menganggu fikiran si pemuda. Bila sampai di kilang tempat kerjanya si pemuda pun menceritakan kepada rakan setugasnya yang terkenal dengan sifat mulia dan alimnya. Kemudian rakannya berkata "belanja kitorang makan tengahari lah hari nie bro". Seperti di minta si pemuda pun membelanjakan wang jumpanya itu bagi menjamu rakan setugasnya. Lewat petang si pemuda pulang ke rumah dan menceritakan apa yang berlaku kepada isterinya. Lantas dengan mata yang terbeliak isterinya pun berkata "elok sangatlah tu ambik hak orang lain, esok lusa hak kita pulak orang lain ambik atau pun hilang". Tapi si pemuda mambangkang "habis tak kan nak biar je duit tu kat situ?" Nak bagi kat polis kah? Nanti mereka yang kebas pulak..." Dengan nada sindiran isterinya pun berkata "tengoklah nanti..." Berselang 2,3 hari si pemuda ke Putrajaya untuk berbasikal bersama rakan-rakannya..... Sesuatu yang paling berharga bagi seorang blogger dan basikalis sepertinya telah hilang dek kerana kelalaiannya sendiri. Kamera sony buatan kilang jepun di Shah Alam telah hilang saat si pemuda tertinggal kamera itu di atas bumbung keretanya tanpa sedar. Masin sungguh mulut isterinya...


MORAL : JANGAN SUKA AMBIL HAK ORANG LAIN... ATAU JANGAN BERITAHU ISTERI ANDA BILA TERJUMPA WANG.


p/s : renung-renungkan dan selamat beramal :-)

Read more...

GAMBANG LAH BUKAN GANGBANG :p

Di bawah ialah bank slip bukti pembayaran Gambang Jamboree.
Terima kasih Angah atas kerjasama anda...

Mulalah berlatih naik bukit wahai sahabat-sahabat!!

Read more...

>> Dec 8, 2009


Read more...

Lamanya tak layan sini

>> Dec 7, 2009

Read more...

WEEKLY RIDE

1M1MTB WEEKLY RIDE
9 DEC. 2009
SAME TIME.. SAME PLACE..

Read more...

Missing in action?

Tarikh : 4 Disember 2009
Masa Mula : 9.30pm
Lokasi : Putrajaya, Malaysia
Jarak : + - 35km


Seperti di janjikan "Keliwon Nite Ride" minggu ini di adakan seperti biasa memandangkan tiada PCM ride bulan ini. Minggu ini juga seperti yang telah di war-warkan berlakunya perubahan drastik laluan yang kami lalui. Berdasarkan tinjauan dengan menaiki kereta sebelum ini dan di perkemaskan dengan carian laluan menggunakan goggle map membuatkan ramai basikalis yang hadir pada malam itu tersenyum sambil berkerut-kerut. Bermula seperti biasa dari Presint 9 menuju ke Presint 11 sekitar kaki bukit "Taman Saujana Hijau" (Jalan P11) yang bermula dengan dakian-dakian kecil dan jalan yang kurang sibuk. Keseronokan dan kekejangan di teruskan melalui Lebuh Sentosa dan seterusnya melalui Lebuh Perdana Barat sebelum sampai sekitar Presint 1. Kemudian susur keluar ke Persiaran Timur dan berhenti menanti rakan-rakan lain di belakang. Setelah kesemuanya sampai baru kami sedar Daoh & Mie hilang dari kelompok dan tertinggal di belakang. Mungkin mereka tidak perasan haluan mana kami tujui kerana haluan seterusnya ini hanya mengikut kata hati dan minggu ini tujuannya untuk mencari laluan baru dan menambah beberapa kilometer lagi atas permintaan rakan-rakan lain. Enche Cupin cuba menghubungi Daoh dan katanya beliau sudah kembali ke Presint 9 kerana terlepas pandang basikalis lain di hadapan. Sorry bro... next week kita ride lagi... :-)

Dari sini tinggal hanya 9 orang basikalis yang meneruskan kayuhan melalui laluan motosikal dan mengambil keputusan menuju ke arah Kampung Limau Manis. Kali ini kami melalui Kampung Limau Manis tanpa melalui puncak pencawang. Namun laluan di sini juga boleh di kira menyeronokan dengan lambakan bukit yang perlu di tempuhi. Sehinggalah sampai sekitar bulatan kami berhenti rehat sambil menunggu rakan-rakan lain. Dari sini kami meneruskan kayuhan melalui Kampung Sg. Merab dan berhenti di hadapan Restoran Perantau untuk melepaskan penat dan ada basikalis yang berkejar ke kedai runcit untuk mendapatkan air minuman. Seterusnya kami meneruskan kayuhan melalui Jalan Ayer Hitam yang menambahkan lagi koleksi kayuhan bukit malam itu. Mengambil laluan "potong.. potong" yang pernah di tunjukkan Abg. Man Ciocc semasa kayuhan ramadhan dulu dan menemukan kami Presint 14 dan seterusnya melalui Presint Diplomatik. Kemudian menyusuri Presint 1 dan melalui Lebuh Perdana Barat untuk kembali ke Presint 9.SORRY GUYS! NO MORE PHOTOS FROM MY BLOG.. TEMPORARY.. MAYBE.... Kamera telah tertinggal atas bonet kereta malam tu dan hanya di sedari selepas melalui terowong Presint 9, nak berpatah balik rasa malas dan takut rakan-rakan lain tertunggu-tunggu pula nanti. Kaedahnya masa tu ada rezeki adalah... tapi memang bukan rezeki saya malam tu.. dah kena kebas dah.. huhuu.. Kepada sesiapa yang jumpa atau sengaja mengambilnya simpanlah seperti harta anda sendiri dan hanya 1 permintaan saya... "TOLONG JANGAN DELETE" gambar si hihibyebye masa ECC Melaka tempohari... cuma itu je gambar berharga dalam tu... saya peminat dia.... muahahahaaa...hahaa.. :p

Read more...

Presint 9 + Presint 11?

>> Dec 3, 2009

Read more...

Dinie 2 tahun?

Tarikh : 29 Nov. 2009
Masa : 2pm - 11pm
Lokasi : Taman Sri Serdang

Alhamdulillah.. Sambutan hari lahir anakanda saya yang ke-2 berjalan seperti dirancang dengan suasana meriah, jerit pekik,tangisan dan senda tawa kanak-kanak yang hadir. Ribuan terima kasih kepada D'Mahmood Pham, Kak Ella dan Ustazah yang sejak dari hari sabtu bertungkus lumus.. bersengkang mata bagi menjayakan majlis kami ini. Terima kasih juga kepada ahli-ahli D'Rais Pham Club, rakan sekerja, rakan basikalis, Bro Man Ciocc, Sam Kodai Beskal, Jiran-jiran, staf-staf UPM, nenek dan ahli keluarga sebelah arwah bapa mertua yang menghadirkan diri bagi memeriahkan acara kami tahun ini. Kepada tetamu-tetamu yang memberikan hadiah kepada anakanda saya
kami ucapkan Jutaan Terima Kasih dan semoga kalian sentiasa di lindungi ALLAH S.W.T dan di murahkan rezeki hendaknya. Wassalam...

INFO DINIE :

Nama : Muhammad Dinie Hafiy Bin Haizan
Nama Panggilan : Dinie, Chi Chi, Celomok
Tarikh Lahir : 21 November 2007
Tempat Lahir : Hospital Putrajaya
Sukan Kegemaran : Bola Sepak & Basikal
Makanan Kegemaran : Satay & Pecel Lele
Minuman Kegemaran : Dumex Dugro & Vitagen
Lagu Kegemaran : Ish.. ish.. amu agan akal..e'ek..eek.. & Boom Boom Pow
Masa Bermain Kegemaran : 1am-4am
(adoiyaiii!)



Read more...

1M1MTB DEC....

>> Dec 1, 2009

SAMA MASA.. SAMA LOKASI.. PUSING KELILING....

Read more...

Social Tuesday Nite Ride?

Tarikh : 24 Nov. 2009
Lokasi : Putrajaya - Cyberjaya
Disiplin : Jalan berturap & Denai Ladang Sawit
Mula Kayuh : 10.00pm
Jarak Keseluruhan : 30km
Kelajuan Maksimum : 45km
Jumlah Basikalis : 16 Pelumba
Kepala Depan : Mr David

Semalam mula berkira-kira hendak berbasikal bersama Pujmac yang mengadakan kayuhan dari Dataran Masjid Putrajaya ke Cyberjaya. Alhamdulillah keadaan cuaca yang baik sejak dari awal petang hingga ke malam memberikan sedikit ruang untuk kami berbasikal. Bila kesemua basikalis sampai kami memulakan kayuhan sekitar jam 10.00 malam. Ketika sampai sekitar bulatan menuju ke Jambatan Wawasan... "whooaa!! whooo! Maaannnn..." Gedebuk! sekalinya Sharizman menjunam kehadapan dan nyaris di langgar kereta dari belakang. Katanya dia terlebih tekan brake depan kerana mengelak dari terlanggar roda belakang basikal Ken. "Man, basikal ok?" tanya aku padanya.. adoiyaii.. Commencal ekor lembut tu... Selesai Sharizman a.k.a Cupin melihat-lihat luka dan calar-calar pada dirinya kami meneruskan kembali berbasikal menuju ke susur keluar Putrajaya melalui Persiaran Selatan sehingga sampai penghujung jalan (jalan mati). Kemudian melalui laluan tarmac yang di selaputi pasir dan di sinilah (cik Da) salah seorang lagi basikalis tewas ketika mengambil selekoh. Kesian beliau kerana katanya beliau cuba mengejar basikalis di depan kerana beliau tidak mempunyai lampu hadapan. Nasib baik Enche Assry a.k.a Chip Pujmac bagi aku pinjam lampu mata kucing dia, jika tidak mungkin nasib aku pun sama macam cik da. (Terima Kasih Chip.. sorry ler button kecik kat lampu tu dah gugur).

Subhanallah.... baru aku tahu selama ini dari Putrajaya ke Nepal/Jogja/Katmandhu cuma mengambil masa yang singkat sebenarnya. Tidak perlu membeli tiket Air Asia.. cuma berbasikal beberapa kilometer kita sudah dapat merasai suasana meriah seperti di sana. Sebelum memasuki kepala denai ladang sawit kami dapat menyaksikan sebuah kawasan sub-bandar yang mungkin suatu hari nanti akan di kenali sebagai "Presint Antarabangsa" atau "Katjogpal Cyberview".... hahaha... Sekitar sub-bandar nie siap ada kedai runcit, warung, pasar malam dan perkampungan mereka siap berpagar dan diterangi lampu neon. Mungkin di sinilah kesemua pekerja-pekerja yang bekerja sekitar Putrajaya di tempatkan. Kemudian memasuki kepala denai sawit yang dimulai dengan climb.. climb dan climb. Keadaan denai yang becak,lembab dan licin mengakibatkan kasut yang baru aku gam tercabut kembali. Selesai melayan downhill Mr David selaku guru besar bersama-sama chip pujmac dan basikalis lain berbincang arah mana seterusnya. Disebabkan masa yang tidak mengizinkan mereka mengambil keputusan mengurangkan beberapa kilometer. Kemudian melalui climb tarmac yang menegak sekitar 54 hingga 58 meter yang sememangnya macam haram... huhuu... Alhamdulillah dapat juga kami menghabiskan "Tuesday Social Nite Ride" (nie nama aku yang suka-suka letak.. heee) bersama-sama rakan basikalis dari Team Pujmac yang sudi menunggu aku ketika semput di belakang. Malam ini juga dapat berbasikal seiring dengan XC Rider a.k.a Bro Khalid Canopus. Terima Kasih atas semangat setia kawan anda semua dan minta izin dari Beskal.com a.k.a Mr Ken kerana copy paste trail map & trail elevation dari laman sesarang anda... Bravo Pujmac!!

p/s : tq Achik coz ada banyak foto saya... :p

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

Pyzam Glitter Text Maker

KELIWON JC MURAH?

KELIWON JC MURAH?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?

NAK PINDAH RUMAH? CARI LORI?
0123113473 - MAZLAN

Rider Down!


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP