MERDEKA! MERDEKA!
>> Aug 31, 2009
Kedengaran laungan kemerdekaan di ungkapkan berkali-kali dengan penuh semangat di serata tempat, kejiranan, kampung, daerah, bandar, negeri dan ibukota. Negara kini menyambut kemerdekaan yang ke-52 dengan tema 1 Malaysia.. "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan". Lumrah bagi negara kita menyambut kemerdekaan setiap tahun. Tidak mengira bangsa, agama, keturunan dan kulit semuanya berteriak takala jam menunjukkan tepat ke angka 12 malam. Kuala Lumpur sebagai ibukota adalah tempat paling meriah menyambut hari Merdeka. Sifat 1 malaysia dapat kita lihat pada malam kemerdekaan sekitar ibukota. Semangat menyambut kemerdekaan di war-warkan sepanjang jalan oleh pelesit rempit, rauman motosikal mereka menandakan betapa bangganya mereka menjadi anak merdeka. Jalan P Ramlee, Heritage Row, Bukit Bintang, Bangsar, Jalan Ampang, Jalan Pinang & Jalan Sultan Ismail menyaksikan pesta kemerdekaan di sambut dengan kemewahan. Laungan dan jeritan kemerdekaan di sambut sambil tangan memegang minuman-minuman kemerdekaan. Sambil tangan di pinggang gadis sunti, kepala di hayun dan jari telunjuk menunjukkan anak bulan ramadhan. Kelompok punk, shuffle, mat rempit junior berbasikal berlari-lari sambil mengibarkan jalur gemilang sebagai tanda mereka juga tidak lupakan hari kemerdekaan. Rasanya pemimpin negara terpaksalah bersyukur kerana mereka juga masih mengingati hari kemerdekaan walaupun tanpa sebarang erti sebenar dan tanpa asal usulnya.
Kemana anda di malam Merdeka??
Apa pengorbanan anda untuk hari kemerdekaan? Aku sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang sukakan basikal dan keamanan hanya pulang kekampung sempena hari kemerdekaan. Sebagai menghargai erti kemerdekaan negara kita aku memilih pulang kekampung dengan hasil usaha negara kita mencipta lambang kemerdekaan negaranya sendiri...... hanya ini yang aku mampu.... untuk mu Malaysia..... ku...........
Read more...