Dan bila Jamboree Sri Iskandar berlangsung
>> Feb 25, 2010
Tarikh : 20 & 21 Feb. 2010
Lokasi : Sri Iskandar, Perak
Jarak Kayuhan : 38km dari 52km (jadilah :p)
Keputusan menyertai Sri Iskandar Jamboree adalah di saat-saat akhir kerana sepatutnya hanya fokus kepada program "Da Tua Gi Pangkor" anjuran Beskal.com. Namun hasrat menyertai touring terpaksa di batalkan kerana sarang hanya bagi kelonggaran hanya untuk menyertai jamboree. Ini merupakan jamboree sulung bagi tahun 2010 dan kebanyakan rakan-rakan yang menyertai Jamboree kali ini pun mendaftar di saat-saat akhir. Beberapa rakan menyertai SIT atas tiket rakan-rakan basikalis lain dan akhirnya seramai 11 orang berjaya berkumpul di dalam homestay milik Pn. Salwani. Antara rakan basikalis yang turut serta kali ini ialah Bro Zamri kembar Dawg, Along Bianchi, Mus, Zack, Kaylah, Adi Adios, Payed, Sharizman a.k.a Cupin, Ken Beskal.com dan Dr Farhan. Tahniah buat semua rakan basikalis yang berjaya menghabiskan ke semua 5 check point. Saya hanya sampai CP4 dan paling "gampang" CP4 dah tutup masa kami sampai dalam jam 1pm. Sticker tinggal 6 keping aje... habis yang lain? Atleast kasi je lah sticker pada semua yang dah sampai CP4 nie.. sticker pun nak kira. Cupin dah mimpi dah nak dapat tembikai potong.. slurppp.. :p
Jam 7.30am acara di lepaskan melalui laluan tarmac sepanjang lebih kurang 8km yang membuatkan Kona dawg kelihatan makin lama makin tertinggal berkampung-kampung. Di hidangkan pula dengan tarmac climb yang sememangnya neraka bagi tayar cap kenda nevergagal. 14.1kg + 76kg = 91.1kg jumlah berat basikalis dan basikalnya cukup membuatkan nafas mula bergerak pantas dengan sedikit penyesalan di rasai. Itu belum kira berat spare tube, sure up Payed, kamera, rokok, bladder, biskut, cloud9 & tools. Tambahan pula batuk, selsema & demam yang mula melanda berjaya menambahkan lagi rasa penuh kesal untuk meneruskan kayuhan kali ini. Dalam hati hanya mampu berkata.. selesai CP2 terus keluar chicken run. Setibanya sekitar trail head kelihatan ramai berpusu-pusu memasuki trail yang penuh sesak. Sepanjang trail menuju ke CP2 di sajikan dengan lambakan climb dan beberapa singletrail pendek. Laluan sekitar kebanyakannya di penuhi pasir-pasir halus dan berbatu kelikir.. juga najis lembu. Namun paling menambahkan tekanan adalah cuaca yang sungguh panas. Bayangkan tengahari buta panjat bukit yang macam haram... pokok takde.. macam sahara woooo... Paling tak syok bila tengah dok layan downhill bibir mula rasa masam-masam manis, ingatkan peluh biasa.. rupanya siap campur hingus yang dah meleleh. Cheh!! Terima kasih kepada seorang basikalis dari utara yang sudi bagi saya sejenis gel sebagai daya tahan. Itu pun sebab dia perasan muka saya macam pucat tahap apa ntah. Dia cakap bagus untuk orang demam, "buh terus.. tak yah ayaq" Kelihatan beberapa basikalis mula mengambil laluan pintas setibanya di satu climb yang macam haram. Di sinilah saya bertemu Cikgu Ijass dan kami sama-sama menolak ketika mendaki hingga ke puncak. Lebih kurang 22km barulah sampai di puncak CP2 yang menyediakan mineral water, sebuah pondok dan sebatang pohon kayu yang besar untuk berteduh. Di sinilah saya bertemu Bro Armstrong yang kemudiannya saya mengekori beliau beberapa kilometer sehinggalah CP3. Melayan downhill dari ketinggian 150 meter bukit botak memang menyeronokkan apatah lagi dengan kona dawg yang di perkemaskan dengan recon bertravel 130mm. Sungguh teruja.. namun perlu berhati-hati kerana keadaan begitu curam dan kelihatan longgokan batu-batu besar menanti di bawah. Dalam hati hanya berkata.. "giler jugak Bro Armstrong nie layan downhill.. berkipas-kipas tayar belakang" Keluar kelaluan tarmac dah nampak ambulan dok standby tepi jalan. Itu tandanya bahaya!Seterusnya laluan menuju ke CP3 di sambut dengan lambakan terrace climb yang masih macam haram. Walaupun hanya 300 meter nak sampai CP3 saya dah mula tolak rehat dan tolak rehat sahaja. Cuaca panas menembusi tempurung kepala dan rasa macam nak chicken run dah. Namun setelah sampai CP3 di hidangkan dengan epal, mineral water dan 100 plus semangat kembali pulih. "Ok! tanya bro Armstrong.. "takpe lah bro, jalan dulu lah" Beberapa ketika saya kembali meneruskan kayuhan dengan misi mahu sampai ke CP4 barulah chicken run sebab kalau lewat sangat takut terlepas lucky draw. Laluan seterusnya masih disajikan dengan lambakan climb dan saya terpaksa berhenti beberapa kali. Kembali bertemu Bro Armstrong dan sempat melepak dengan group dari Banting (Kelab KakiKayuh). Sempat juga berborak sambil menolak dengan Atok dari Serdang Jaya. Umur 74 tahun tapi masih kuat giler dok kayuh MTB. Katanya dia juga customer Sam K&L dan jersi yang di pakainya baru di beli dari Sam sebelum mengikuti program jelajah semenanjung bersama-sama pelajar UPM Serdang. Sedang cuba memulakan rentak kayuhan mata mula tersasar ke arah beberapa basikalis yang kelihatan sedang bersantai sehinggakan peluh sudah kering dari badan mereka. Di sinilah saya bertemu Kaylah, Cupin, Zack dan Enche Nizam Saton. Maknanya saya berjaya mengejar mereka??? atau mereka berjaya menunggu saya??? muahahaaa... "kitorang cari ko nok!!" kata Kaylah.. "kitorang risau, kan ko demam.. phone tak angkat" kata Cupin. Terima kasih wahai rakan.. nak nangis dengar masa tue... huhu.. Nasib baiklah bertemu mereka semula dan sekurang-kurangnya masih ada semangat untuk meneruskan kayuhan. Namun beberapa ketika melayan downhill kami kembali menemui lambakan climb dan sampai tahap saya dah tak tahan dengan panas. Tanggal baju sehinggalah sampai ke CP4 dan sungguh nyaman ketika melayan downhill. Namun bila sampai di CP4 kami di beritahu CP4 dah tutup. Untunglah Bro Zack dah siap-siap naik black maria.. kami berempat terpaksalah kayuh melalui tarmac 6km lagi menuju ke dataran Sri Iskandar. Memang hampeh bila di beritahu CP4 dah tutup lebih kurang jam 1pm. Ingatkan dapatlah juga sticker CP4, namun hampeh... sungguh! Sempat juga berbual dengan Enche Pojie dari geng Mountain Bike Recreation Tg. Malim semasa perjalanan menuju ke dataran Sri Iskandar.
** Ucapan TAHNIAH! buat pihak penganjur kerana telah berjaya menganjurkan acara sebesar ini dan InsyaAllah kami akan mengikuti lagi program anjuran anda pada masa akan datang. Jersi jangan lupa POS yer!!!
p/s : Adeh!!! demam lah pulak.. banyak sangat berjemur masa cuti panjang tempohari.. huuuhu..